November 26, 2024

Search
Close this search box.

FOSHE Maya UTM 3.0 terap budaya kerja selamat dan sihat

JOHOR BAHRU, 18 Sept. – Pejabat Persekitaran, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHE) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Johor Bahru dan Unit OSHE Kuala Lumpur telah menganjurkan program Fiesta Persekitaran, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (FOSHE) Maya UTM 3.0, selama lima hari bermula dari 6 sehingga 18 September 2023.

Bertemakan “Membudayakan Persekitaran Kerja Selamat dan Sihat”, program ini telah berlangsung selama lima hari telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) UTM, Prof. Ts. Dr. Edy Tonnizam bin Mohamad.

Sebanyak lima agensi luar telah dijemput untuk memberikan perkongsian ilmiah dan perundangan berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan; kesihatan mental; kesedaran alam sekitar; keselamatan sinaran; dan tekanan tempat kerja. Agensi-agensi tersebut terdiri daripadaJabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Negeri Johor, Hospital Permai Johor Bahru, Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Tenaga Atom dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Bersama penceramah dari JKKP Negeri Johor (depan, dua dari kiri).
Hari keempat program bersama En Abdul Aziz bin Sadri, Pengarah Zon Selatan, Jabatan Tenaga Atom (depan, tiga dari kanan).

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Program ini telah mendapat respon yang sangat baik dari peserta di dalam dan luar UTM. Sebanyak 73 agensi melibatkan badan kerajaan, badan bukan kerajaan dan syarikat perseorangan yang turut bersama-sama menyertai FOSHE Maya UTM 3.0 ini.

Jumlah tontonan yang direkodkan menerusi platform Facebook Pejabat OSHE UTM dan Facebook Unit OSHE UTM KL adalah lebih daripada 11 ribu tontonan. Antara agensi yang hadir adalah dalam kalangan Institut Pendidikan Tinggi (IPT) di Malaysia iaitu Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaysia Perlis (UNiMAP), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Universiti Kuala Lumpur (UniKL), dan UTM.

Selain itu, program ini turut disertai oleh peserta daripada industri, agensi kerajaan dan juga sekolah. Pelaksanaan FOSHE Maya UTM 3.0 ini adalah selaras dengan UTM OSH Master Plan 2021-2025 di bawah teras KS2I1 berkaitan pemantapan skop tugas OSHE di bawah ISO 45001:2018 iaitu Penasihatan (Advisory) dan Promosi (Promotion). Selain itu, penganjuran program ini juga selaras dengan teras KS4I1 yang berkaitan memperkukuh kerjasama dengan pemegang taruh UTM dan agensi luar.


Prof Madya Ts. Dr. Sa’ardin bin Abdul Aziz (kiri) bersama penceramah Mejar Syakirien bin Yusoff (kanan) membincangkan tajuk Tekanan di Tempat Kerja. Bagaimana untuk Bertahan?
Dengan berlangsungnya program FOSHE Maya UTM 3.0 ini, diharapkan agar semua peserta dapat mengaplikasi perkongsian ilmiah yang disampaikan seterusnya membudayakan persekitaran kerja yang selamat dan sihat dalam apa jua bidang dan pekerjaan seharian. Adalah menjadi tanggungjawab majikan dalam memastikan kebajikan pekerja dan orang lain terjamin bak pepatah, condong yang akan menongkat, rebah yang akan menegakkan. Akhir kata, marilah kita bersama-sama menginovasi penyelesaian dalam aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan.


Oleh ChM. Nurul Atikah Mohd Amin, Dr. Mohd Fa'iz Ahmad, Prof. Madya Sr Dr. Mohd Saidin Misnan, dan Dr. Nor Ezzaty Ahmad, Pejabat Persekitaran, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHE), UTM

Explore More