November 5, 2024

Search
Close this search box.

KTDI jayakan Latihan Pengungsian Bangunan berskala besar, tingkat kesedaran keselamatan dan kesihatan mahasiswa

JOHOR BAHRU, 6 Okt. – Kolej Tun Dr. Ismail (KTDI) UTM berjaya melaksanakan Program Latihan Pengungsian Bangunan berskala besar dengan melibatkan seramai 500 orang mahasiswa baharu 2023/2024 di beberapa blok kolej berkenaan.

Program ini mendapat kerjasama dengan pihak Seksyen Projek dan Penyelenggaraan (SPP), Bahagian Keselamatan, Pusat Kesihatan Universiti (PKU) dan Unit Persekitaran, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHE) Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Barisan Emergency Response Team (ERT) yang telah bersama-sama menjayakan program ini terdiri daripada mahasiswa baharu sesi 2023/2024 serta Majlis Felo KTDI  yang diketuai oleh Ts. Dr. Hadafi Mohd Latip sebagai Chief Incident Commander serta Dr. Dina Azleema Mohamed Nor sebagai Deputy Chief Incident Commander.

Pengetua KTDI, Lt.Kol. Prof. Madya Dr. Mohd Noor Azli  Ali Khan berkata “Latihan ini diadakan adalah untuk melatih ahli ERT yang baharu serta memberi pendedahan dan kesedaran kepentingan keselamatan dan kesihatan pekerjaan kepada mahasiswa baharu bagi persediaan berdepan dengan sebarang bencana.”

Program ini berlangsung selama dua jam pad aawaktu dini hari bermula pukul 2.00 hingga 3.00 pagi.

“Secara keseluruhannya latihan ini telah berjaya mencapai objektif yang ditetapkan dan juga melalui eksesais ini, satu penilaian terhadap alat-alat pencegahan kebakaran seperti loceng kecemasan, pintu-pintu kecemasan, sistem siar raya, alat penggera, tempat-tempat berkumpul dan kemudahan lain telah dapat dibuat,” kata Lt.Kol. Dr. Mohd Noor Azli.

Selain latihan kebakaran, mahasiswa ini juga diberikan taklimat intensif mengenai teknik pemadaman api dan pencegahan kebakaran oleh anggota Bahagian Keselamatan UTM yang bekerjasama rapat dengan pihak KTDI sepanjang latihan ini dijalankan.

 

Warga KTDI bersama-sama pihak SPP, Bahagan Keselamatan, PKU dan OSHE yang telah menjayakan Program Latihan Pengungsian Bangunan KTDI.

 

Salah seorang mahasiswa baharu yang mencuba peralatan pemadaman api semasa Program Latihan Pengungsian Bangunan KTDI.

 

Oleh Joan Rhona Justtin dan Dr. Dina Azleema Mohamed Nor

Explore More