November 25, 2024

Search
Close this search box.
Gambar 1: Peserta dan tenaga pengajar yang menjayakan program pemasaran digital iaitu ‘Bengkel Pemasaran TikTok Bersama Usahawan IKS Daerah Tangkak’ pada 24 September 2023 di ICA UTM Kampus Pagoh.

Pemindahan teknologi melalui Program Pemasaran Digital: “Bengkel Pemasaran TikTok Usahawan IKS Daerah Tangkak”

Program Projek Low Hanging Fruit (LHF- JIVE) 2023, di bawah Pegurusan Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Johor (BPENJ), iaitu Program Amalan Pertanian Baik Bagi Melestarikan Industri Pertanian Johor (Tangkak)  bukan sahaja melalui amalan pertanian baik untuk aktiviti pertanian mereka tetapi juga melalui pemindahan teknologi pemasaran digital kepada komuniti di Daerah Tangkak bagi membantu meningkatkan penjanaan pendapatan melalui perluasan pemasaran produk dan perkhidmatan yang ditawarkan.

Salah satu aktiviti program ini adalah mendidik dan membangunkan pemasaran digital melalui ‘Bengkel Pemasaran TikTok Bersama Usahawan IKS Daerah Tangkak’ yang telah diadakan pada 24 September 2023 di ICA, UTM Kampus Pagoh. Program yang dianjurkan secara bersama dengan Jabatan Biosains-Fakuiti Sains UTM, Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing (ICA)- UTM Kampus Pagoh, Pusat Jaringan Komuniti dan Industri (CCIN) dan Unit Pembangunan Masyarakat, Pejabat Daerah Tangkak melibatkan seramai 29 orang usahawan IKS di sekitar Daerah Tangkak. Program ini turut dijayakan bersama  Konsultan Pembangunan Keusahawanan iaitu VIDZ Production.

Majlis perasmian dimulakan dengan ucapan alu-aluan Pn. Zulaikha Sarabo selaku Pegawai Penyelidik di ICA, UTM Kampus Pagoh meraikan kedatangan peserta dan menerangkan kepelbagaian produk dan perkhidmatan yang disediakan oleh ICA untuk penyelidikan dan pembangunan produk berstatus halal kepada usahawan IKS. Ini diikuti oleh Ketua Projek, Ts. Dr. Nor Zalina binti Othman menerangkan objektif program ini yang mengharapkan aktiviti ini dapat mengembangkan potensi peserta ke arah melahirkan peserta mengetahui cara mewujudkan iklan melalui pembangunan video yang inovatif dan kreatif untuk di implementasikan dalam pemasaran produk mereka. Proses pemantauan dilakukan bagi memastikan peserta memberi komitmen berterusan menjayakan aktiviti ini dan berjaya mengembangakan lagi perniagaan mereka

Bengkel  “Pemasaran Digital” ini dicadangkan khusus mengenai ilmu teori dan praktikal serta strategi yang dirangka dan disusun untuk digunakan oleh usahawan IKS melalui penggunaan aplikasi TikTok yang merupakan trend terkini pemasaran berkesan untuk mendominasi segmen pasaran pelanggan dengan lebih cepat. Ianya dapat membuka peluang untuk berkongsi produk atau servis yang akan sentiasa wujud di mana-mana membuatkan jenama dikenali. Itu akan memberikan pemasaran anda lebih berkesan kepada sasaran pelanggan. Perlaksanaan program ini membuka peluang dan ruang untuk membantu peserta memahami beberapa strategi menguasai semua saluran pemasaran dalam tempoh masa yang singkat. Melalui penglibatan dalam program ini, ia sebagai pendedahan ilmu terkini dan cepat supaya jenama produk atau perkhidmatan mereka dikenali, dapat meningkatkan jualan yang banyak dan belian ulangan yang tidak putus-putus dari pelanggan. Program melalui pendekatan yang lebih komprehensif dan turun padang seperti ini adalah sangat bertepatan untuk dilaksanakan secara langsung bersama usahawan agar impaknya lebih berkesan seterusnya dapat meningkatkan kepentingan penggunaan teknologi terkini untuk pemasaran digital produk mereka.

 

 

 

Explore More