Akhbar/Tarikh : Berita Harian, 3 Julai 2023
Sinopsis : Pengumuman keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2022 baru-baru ini mendedahkan perkara membimbangkan iaitu petanda wujud generasi ‘buta’ Matematik. Berdasarkan Laporan Analisis Keputusan SPM 2022, seramai 373,974 pelajar menduduki SPM 2022. Bagi mata pelajaran Matematik, ia diambil 369,348 pelajar. Keputusan SPM 2022 menunjukkan 24.3 peratus gagal, iaitu memperoleh gred G dalam subjek berkenaan sementara 29 peratus pelajar mendapat gred D dan E.