Disember 22, 2024

Pemerkasaan psikologi sukan di peringkat pembangunan dan akar umbi

Kita semua pernah mendengar hasil kajian yang dilakukan, punca kekalahan utama Lee Chong Wei kepada Lin Dan adalah faktor psikologi sukan. Dari segi fizikal, teknikal dan taktikal kita setanding Lin Dan.

Kita juga pernah tahu jurulatih basikal negara iaitu John Beasley (Jurulatih Azizul Hasni Awang ) pernah nyatakan beliau boleh pantau tahap fizikal atlet beliau namun beliau tidak tahu bagaimana ingin pantau tahap mental atlet basikal negara dalam mesyuarat misi visi Sukan Negara 2030.

Oleh itu, sudah tiba masanya aktiviti psikologi diperkasakan melalui latihan asas yang boleh dilakukan oleh semua jurulatih dan pengurusan sukan.

Antara aktiviti mudah yang boleh dilakukan untuk Latihan Psikologi Sukan iaitu atlet boleh di dedahkan kepada 3 jenis latihan asas psikologi sukan seperti 1) Profiling, 2) Aktiviti ketahanan mental (Brain Workout) & 3) Imagery Teknik (Meditasi). Ketiga tiga aktiviti ini adalah perkara asas dalam psikologi sukan untuk di dedahkan kepada warga komuniti sukan.

Dalam aktiviti Profiling, mereka di kehendaki untuk menulis seperti 5 jenis lagu kesukaan masing masing, melukis gambar pemandangan dan tempat yang disukai, menulis perkataan positif kendiri apabila jatuh atau kalah, pengalaman pahit dan manis sepanjang penglibatan diri dalam sukan.

Semua aktiviti profiling ini digunakan sebagai data sukan di mana data tersebut dapat membantu tugas pengurusan sukan untuk meningkatkan prestasi atlet (maklumat tersurat dan tersirat atlet).

Objektif aktiviti ini adalah untuk memudahkan jurulatih mengenalpasti secara terperinci identiti atlet yang terlibat seperti perkara yang paling disukai, cita cita yang ingin dicapai, kekuatan dan kelemahan atlet tersebut.

Aktiviti ini sangat membantu membentuk mentaliti atlet dan jalinan kerjasama psikologi yang erat antara jurulatih dan atlet. Jurulatih yang memahami atlet secara mendalam akan membantu atlet mencapai kejayaan dalam kehidupan.

Aktiviti Data Profiling

Seterusnya, atlet diberikan contoh objek alat uji minda yang ada dijual dalam pasaran seperti intelligent puzzle, permainan kercang dan lain lain dalam Aktviti Ketahanan Mental iaitu Brain Workout utk mengenalpasti tahap ketahanan mental mereka ketika menyelesaikan objek (masalah) yang diberikan.

Objek tersebut merupakan cabaran minda kepada atlet untuk melihat tahap ketenangan dan kesabaran mereka.

 

Contoh Intelligent Puzzle yang boleh digunakan untuk aktiviti psikologi sukan.

Tujuan aktiviti brain puzzle ini adalah untuk menganalisis sejauh mana ketahanan mental atlet ketika berdepan masalah, adakah mereka mampu bersabar dengan ujian yang diberikan, bagaimana tahap fokus dan ketenangan mereka dan melatih sikap positif walaupun menghadapi kesusahan dan kesukaran dalam pertandingan.

Adakah mereka mudah terganggu dengan cacian penonton di luar atau mereka akan lebih fokus dalam pertandingan

Aktiviti permainan kercang iaitu permainan Orang Asli.

IMAGERI TEKNIK atau meditasi pula adalah utk melatih kemampuan atlet untuk membayangkan aktiviti yang akan dilakukan pada waktu sebelum tidur atau sebelum pertandingan.

Ia adalah seolah olah raptai aktiviti sebelum pertandingan sebenar untuk merancang strategi imaginasi kemenangan dengan mengaktifkan minda separa sedar supaya percaya pertandingan sukan itu mampu diharungi dengan baik dan boleh mencapai kemenangan.

Teknik imagery

Secara tuntasnya, psikologi sukan bukan sahaja boleh membantu atlet malahan membantu orang awam pada masa kini. Kehidupan yang penuh pancaroba pelbagai cabaran dan dugaan pada masa kini sehingga ramai dikalangan kita menghadapi stress dan burnout.

Formula psikologi sukan juga berkesan kepada semua orang dalam meningkatkan tahap ketahanan mental agar tidak mudah koyak dan jatuh

Oleh: Hadafi Fitri Mohd Latip (Pengarah Pusat Inovasi dan Teknologi Sukan, Institut Human Centred Engineering UTM)

 

Explore More