Disember 19, 2024

UTM, Coca Cola dan MPP anjur program pembersihan pantai

KOTA TINGGI, 2 Sept – Satu program pembersihan pantai anjuran Pusat Pelestarian Kampus Universiti Teknologi Malaysia (UTMCS) dengan kerjasama Coca-Cola Malaysia dan juga Majlis Perbandaran Pengerang (MPP) telah diadakan bersempena Hari Pembersihan Pantai Sedunia International Coastal Cleanup Day.

 Program yang dijalankan di Tanjung Lompat, Kota Tinggi, Johor telah dihadiri seramai 50 orang terdiri daripada warga kampus UTM, Johor Bahru dan juga wakil dari Coca-Cola Malaysia serta warga MPP.

Program ini adalah salah satu inisiatif dalam menyokong agenda kelestarian global iaitu Sustainable Development Goals (SDG 12, 14 dan 15). Program  yang dijalankan selama 4 jam ini telah berjaya mengumpulkan sebanyak 1.4 tan metrik sampah yang majoritinya terdiri dari bahan-bahan plastik.

Sepanjang aktiviti pembersihan, pasukan sukarelawan perlu mengutip dan mengasingkan barangan yang boleh dikitar semua bagi tujuan menghantar barangan ke pusat kitar semula berhampiran.

Semoga inisiatif ini dapat memberi manfaat kepada semua dan juga dapat memelihara keindahan pantai di seluruh negara.

Para peserta bekerjasama mengumpul sampah-sarap yang berjaya dikumpulkan sepanjang program pembersihan pantai ini berlangsung.

 

Sampah yang dikumpulkan dihimpunkan dalam beg plastik sebelum dibuang.

 

Para peserta bergambar kenangan selepas tamat program.

 

 

Explore More