November 22, 2024

Search
Close this search box.

Jelajah Komuniti Digital platform mahasiswa UTM mentransformasi pendidikan pedalaman

PULAU TIOMAN, 3 Ogos – ‘K9&10 : Jelajah Komuniti Digital’ telah berjaya dianjurkan oleh Jawatankuasa Kolej Mahasiswa (JKM) Kolej 9 & 10 di Kampung Juara, Pulau Tioman. Program ini terdiri daripada 17 orang pelajar UTM, 6 orang staf UTM dan 2 sukarelawan dari UM yang telah berjaya diketuai oleh Nursyazwani binti Haronizan selaku Pengarah Program serta Cik Rahizah binti Abd Rahiman selaku Penasihat Program.

Program ini telah berjaya dilaksanakan selama 4 hari 3 malam dengan penajaan daripada beberapa pihak. Jutaan terima kasih diucapkan kepada UTM Holdings, Unitechnologies, Pusat Islam UTM dan Amani Printing yang telah memberi penajaan bagi sama-sama menjayakan serta merealisasikan program ini. 

Ahli Jawatankuasa Program K9&10 : Jelajah Komuniti Digital

Program ini memfokuskan kepada pendedahan pendidikan digital bagi golongan di kawasan sekolah luar bandar. Objektif program adalah meningkatkan tahap kesedaran masyarakat luar terutamanya golongan mahasiswa terhadap komuniti di kawasan pedalaman.

Selain itu, memberi pendedahan pendidikan secara digital kepada komuniti pedalaman agar para pelajar pedalaman dapat bergerak seiring dengan kemajuan teknologi pendidikan  pada masa kini.

Di samping itu, ia juga salah satu medium para mahasiswa mengasah bakat dalam bidang penyampaian pengajaran kepada para pelajar komuniti pedalaman dari segi sumbangan dalam bentuk tenaga, pengetahuan dan kemahiran kepada komuniti.

K9&10: Jelajah Komuniti Digital dimulakan dengan Aktiviti Saringan Kesihatan Komuniti yang dijalankan selama dua hari di mana penduduk kampung dijemput untuk membuat pemeriksaan kesihatan secara percuma.

Saringan Kesihatan ini telah diketuai oleh Prof. Madya Ir. Dr. Malarvili Bala Krishnan bersama pasukan penyelidik beliau dengan kerjasama barisan wakil tenaga perubatan dari Klinik Desa Kampung Juara dan Klinik Kesihatan Tekek.

Pemeriksaan kesihatan yang disediakan ini termasuk pemeriksaan tekanan darah, kandungan gula dalam darah, kadar denyutan jantung, kadar pernafasan serta kandungan oksigen dalam badan.

Penduduk kampung yang hadir diberikan ‘goodies’ berbentuk ubatan secara percuma. Majlis Perasmian K9&10: Jelajah Komuniti Digital yang dihadiri oleh Prof. Madya Ts. Dr. Abd Rahman bin Tamuri selaku Pengetua Kolej 9&10 berjaya dirasmikan oleh Puan Nazratul Azra Bt Tukiran selaku Pegawai Tadbir Pembangunan Masyarakat, Lembaga Pembangunan Tioman setelah tamat slot saringan kesihatan pada hari tersebut. 

Slot Saringan Kesihatan Komuniti
Majlis Perasmian K9&10 : Jelajah Komuniti Digital

Di sebelah petang, program ini diteruskan dengan aktiviti ‘Riang Ria Bersama Komuniti Kg. Juara’ di mana pihak penganjur mengadakan sukan rakyat untuk mengeratkan lagi hubungan antara pihak penganjur dan komuniti Kg. Juara.

Slot ‘Riang Ria Bersama Komuniti Kg. Juara’

Program diteruskan lagi dengan slot di Sekolah Kebangsaan Juara pada hari kedua. Slot ‘Hello Universiti’ telah dijalankan dengan mengadakan dua permainan dalam kumpulan  iaitu ‘Human Bingo’ di mana pelajar diberi cabaran untuk menyelesaikan beberapa tugas secepat yang mungkin dan ‘Charades’ di mana pelajar perlu meneka perkara yang dilakonkan oleh fasilitator.

Turut dijalankan slot ‘Friends of Digital’ bersama K9&10 yang merupakan slot utama bagi program ini. Para pelajar didedahkan tentang penggunaan Canva seperti cara membuat poster. Pengisian daripada slot di aplikasi oleh pelajar bagi menyelesaikan tugasan membuat poster bertemakan kemerdekaan. Ia bertujuan pemantapan kemahiran yang dipelajari oleh para pelajar.

Aktiviti-aktiviti ini telah berjaya mewujudkan suasana semangat berkumpulan dan daya saing antara pelajar. Kemahiran yang dipelajari dapat diguna pakai dalam bidang pendidikan dan secara tidak langsung dapat meningkat prestasi pelajaran para pelajar. Ia juga salah satu medium dapat membantu penjanaan ekonomi keluarga para pelajar dalam bidang pelancongan dengan mempromosi perniagaan keluarga mereka di media massa. 

Slot di Sekolah Kebangsaan Juara
Slot ‘Hello University’ : ‘Human Bingo’
Slot ‘Hello University’ : ‘Charades’
Slot ‘Friends Of Digital’ bersama pelajar Sekolah Kebangsaan Juara
Slot di Sekolah Kebangsaan Juara

Slot ‘Hunt The Island’ merupakan slot seterusnya bagi program ini dimana mahasiswa dan mahasiswi berpeluang untuk menghargai ciptaan alam dengan melawat beberapa pulau di Pulau Tioman. Aktiviti ‘snorkeling’ yang turut diadakan telah memberi peluang kepada peserta untuk melihat keindahan terumbu karang di sekitar pulau itu. 

Slot ‘Hunt The Island’

Program ini melabuhkan tirai dengan slot ‘Beach Clean Up!’ dimana peserta bergotong royong membersihkan kawasan pantai di Juara Turtle Project. Slot ini menjadi penerapan kepada peserta tentang kebersihan alam sekitar serta konsep 3R iaitu reduce, reuse and recycle.

Slot ‘Beach Clean Up !’
Hasil Kutipan Sampah Slot ‘Beach Clean Up !’

Penganjuran program tanggungjawab korporat sosial (CSR) telah memberi kesedaran kepada mahasiswa dan mahasiswi UTM khususnya Kolej 9&10 tentang kepentingan pendidikan terutamanya pendidikan digital kepada komuniti pedalaman di samping memahami kepentingan ekosistem kehidupan marin serta usaha pemeliharaan dan pemuliharaan hidupan marin untuk tatapan generasi akan datang.

Explore More