November 26, 2024

Search
Close this search box.

Prof Dr Mohd Nazri dilantik KP JPDP – Fahmi

Akhbar/Tarikh : Berita Harian/8 Mei 2023

Sinopsis – Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil hari ini mengumumkan pelantikan Profesor Dr Mohd Nazri Kama sebagai Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) yang baharu.

Fahmi berkata, pelantikan itu bagi menggantikan Mazmalek Mohamad yang bersara wajib pada 2 Januari lalu.

“Profesor Dr Mohd Nazri pakar dalam bidang Pengurusan Data, Pembangunan Sistem Komputer dan Analitik Data.

Mohd Nazri memiliki Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Kejuruteraan Perisian dari University of Western Australia pada tahun 2011, Ijazah Sarjana Kejuruteraan Perisian Masa-Nyata 2003 serta Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pangkalan Data 1999 dari Universiti Teknologi Malaysia,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook hari ini.

JPDP adalah agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Digital yang berperanan memastikan pematuhan semua pengguna data peribadi kepada Akta Perlindungan Data Peribadi selain bertanggungjawab melaksanakan penguatkuasaan yang perlu bagi mengelakkan penyalahgunaan data peribadi.

Pautan : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/05/1098717/prof-dr-mohd-nazri-dilantik-kp-jpdp 

Explore More