Makassar, 17 Jul. – Suatu lawatan balas oleh Universiti Teknologi Malaysia ke ke Universitas Hasanuddin (UNHAS), Makassar, Indonesia telah berlangsung selama 4 hari bermula 9 hingga 12 Julai 2023.
Program Lawatan Akademik dan Kolaborasi Penyelidikan, UTM ini merupakan anjuran Fakultas Teknik, Universitas Hasanuddin (UNHAS) rentetan lawatan universiti ini ke UTM pada November 2022. Lawatan ini adalah satu aktiviti yang direncanakan dalam Memorandum Persefahaman (MoU) antara UTM dengan UNHAS pada 1 Mac 2021 melalui Centre for Innovative Planning and Development (CIPD) sebagai manifestasi mempererat kerjasama serumpun antara kedua-duanya.
Justeru itu, Lawatan Kerja Rasmi (CIPD) ke Universitas Hasanuddin (UNHAS) ini diketuai oleh Pengarah CIPD iaitu Prof. Dr. Muhammad Zaly Shah Muhammad Hussein. Seramai 8 orang felo dan felo bersekutu penyelidik CIPD yang merupakan staf akademik dari Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah, Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU) turut menyertai program ini iaitu Prof Madya Dr. Hairul Nizam bin Ismail, Dr Zuhra Junaida Mohamad Husny, Dr Gobi Krishna Sinniah, Dr Syed Muhamad Rafy, Dr Noradila Rusli, Dr Safizahanin Mokhtar, Dr Noor Aimran Samsudin dan Dr Ak Mohamad Rafiq Ak Matusin dan Pegawai Penyelidik Sosial CIPD iaitu Azilah binti Mohamed Akil. Fokus lawatan ini adalah untuk meningkatkan kerjasama di antara kedua-dua institusi melalui kolaborasi penerbitan dan penyelidikan.
Delegasi UTM diraikan dalam suatu Majlis Jamuan Makan Malam bersama Rektor UNHAS, Prof. Dr. Ir. Jamaluddin Jompa, M.Sc. dan diiringi Prof Dr Isran Ramli (Dekan Fakultas Teknik, UNHAS) di kediaman rasmi Rektor UNHAS. Kedua-dua pihak telah berbincang tentang strategi kolaborasi antara kedua-dua buah universiti melalui bidang yang berpotensi bagi meningkatkan keupayaan para penyelidik dari kedua-dua institusi.
Delegasi UTM juga telah dibawa melawat kawasan sekitar Bandar Makassar meliputi tempat-tempat tarikan pelancong seperti kawasan penambakan, iaitu Sunset Quay, Lego-lego, Masjid 99 Kubah dan tempat bersejarah zaman kesultanan Sultan Hasanuddin, iaitu Fort Rotterdam. Fort Rotterdam ini merupakan kubu pertahanan yang telah dibina oleh penjajah Belanda pada zaman itu. Dalam kawasan ini terdapat muzium, pejabat dan bekas penjara. Di dalam muzium mempamerkan sejarah Kesultanan Sultan Hasanuddin, antaranya senjata-senjata peninggalan peperangan dan model pelan pembangunan bandar Makassar yang dulu dikenali sebagai Ujung Padang sekitar tahun 1660an.
Selain itu, pihak UNHAS telah membawa delegasi UTM melawat tapak projek lebuh raya bertingkat yang menghubungkan Tol Reformasi Makassar (Tol JTSE) Kawasan Perindustrian Makassar (Kima) ke Pelabuhan Laut Makassar New Port (MNP) dengan kepanjangan lebuh raya ini adalah 3.2 kilometer. Projek ini sedang dijalankan oleh WIKA (PT Wijaya Karya (Persero) Tbk) dan dijangka akan selesai pada September ini.
Sementara itu, satu kolokium Kolaborasi Akademik Internasional telah berlangsung di Dewan Pameran (Exhibition Hall), Bangunan Centre of Technology, yang terletak di Kampus Baru UNHAS, Gowa, Makassar.
Sesi perkongsian kerja atau hasil penyelidikan daripada pembentang jemputan UTM, iaitu Prof Madya Dr Hairul Nizam Ismail dan Dr Safizahanin Mokhtar mewakili CIPD. Manakala dari pihak UNHAS diwakili oleh Ir. Abdul Mufti Radja, S.T., M.T., Ph.D. dan Prof. Ir. Sakti Adji Adisasmita, M.Eng. Sc., PhD., IPU. Antara topik utama dalam bidang perancangan bandar yang dibincangkan bagi sesi ini berkenaan isu-isu perancangan pelancongan, pembangunan kawasan hijau, pembangunan mampan dan bandar lapangan terbang. Sesi ini telah dipengerusikan oleh Dr. Eng. Ir. Bambang Bakri, ST., MT.
Seterusnya, pada sesi petang, satu lagi sesi perkongsian penyelidikan daripada UTM dan UNHAS telah diadakan. Di mana, seramai lima (5) orang felo penyelidik bersekutu CIPD UTM iaitu Dr Syed Muhammad Rafy Syed Jaafar, Ts Gs Dr Noradila Rusli, Ts. Dr Noor Aimran Samsudin, Dr. AK Rafiq AK Matusin, TPr. Ts. Dr. Gobi Krishna Sinniah. Manakala pembentang dari pihak UNHAS diwakili oleh Dr. Ir. Muhammad Ramli, MT., Dr. Ilham Alimuddin, S.t., M.GIS. dan Dr. Mukti Ali, ST., MT. Sesi ini telah dipengerusikan oleh Dr. Eng. Akbar Caronge, ST. M. Eng. Pelbagai bidang dan isu telah dikongsikan oleh pembentang dalam sesi ini yang merangkumi sektor perancangan bandar, pelancongan, bandar pintar, analisi data raya (analytic big data), alam sekitar, GIS dan pembangunan mampan serta impak sosial.
Selanjutnya, pada 12 Julai 2023, telah berlangsung program Perkongsian Penyelidikan oleh Intern CIPD Antarabangsa (Research Sharing by International CIPD Intern) iaitu Sofiane Madmar dari University of Lyon, Perancis. Beliau telah berkongsi penyelidikannya berkenaan penggunaan kaedah Biomimicry dalam rekabentuk bangunan dan perancangan bandar. Sesi ini, diakhiri dengan perbincangan potensi kolaborasi menerusi penyelidikan dan penerbitan dan dipengerusikan oleh Dr. Eng. M. Niswar, S7. M.IT.
Menerusi sesi ini Prof Dr Muh. Nasrum Massi dari Research Institute (LP) dan Community Service Institute (LPM), UNHAS. Telah membincangkan tentang potensi dan cadangan kerjasama menerusi geran padanan (Matching grant) diantara kedua universiti. Manakala Prof Dahlang Tahir. PhD. pula membincangkan potensi kolaborasi menerusi penerbitan. Mereka sangat kagum dengan pencapaian UTM dan khususnya pada Naib Censelor UTM yang telah berjaya menhasilkan dalam penerbitan journal berindeksi dan berimpak tinggi jumlah yang begitu banyak. Kesimpulan dari perbincangan ini, pihak UTM (CIPD) dan Fakultas Teknik, UNHAS telah bersepakat untuk mengadakan kerjasama. Dan antara aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan adalah penulisan kertas jurnal, kolaborasi geran padanan (matching grant), penyediaan dan penerbitan buku (book chapter).
Para delegasi UTM telah dibawa melawat ke beberapa jabatan di Fakultas Teknik, UNHAS seperti Jabatan Kejuruteraan Awam, Jabatan Arkitek dan Jabatan Perancangan Bandar.