JOHOR BAHRU, 6 Jun – Biro Keselamatan dan Kesihatan, Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej Tun Hussein Onn (JKM KTHO). telah menganjurkan Program Webinar Denggi 2023.
Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang kesihatan khususnya berkaitan dengan penyakit denggi kepada pelajar di KTHO.
Melalui webinar ini, pelajar dapat mengetahui kesan dan cara mengatasi peningkatan kes denggi yang semakin berbahaya. Selain itu, peserta juga didedahkan dengan ciri-ciri pesakit penyakit denggi.
Program ini berjalan dengan baik dengan jumlah peserta yang menyertai program ini telah mencapai matlamat yang ditetapkan.
Diharapkan Program Webinar Denggi yang dianjurkan ini dapat membantu penghuni KTHO untuk memahami lebih lanjut tentang penyakit denggi dan mengetahui cara untuk mengatasinya.
Inisiatif ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran mengenai bahaya denggi dalam kalangan para pelajar.
Oleh: Phi Ja Da A/P Eh Peng (AJK Multimedia) & Siti Nur Fatin Hakimah binti Ibnuzaman (penyunting)