November 22, 2024

Search
Close this search box.

Fakulti Komputeran jalin kerjasama dengan Kelab Wanita Ikon Malaysia (KWIM), perkasa wanita dan belia

JOHOR BAHRU, 9 Jul. – Fakulti Komputeran (FC) telah menerima kunjungan daripada Kelab Wanita Ikon Malaysia (KWIM) yang diketuai oleh  Dato’ Normaziah Sheikh Mohamed bersama 10 orang ahli kelab KWIM yang hadir untuk membincangkan kerjasama strategi UTM-KWIM bagi menjalankan satu program berimpak tinggi bertajuk Are-You-Ok, yang melibatkan pelbagai agensi luar dan kerajaan.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Dekan FC, Prof. Dr. Wan Mohd Nasir Wan Kadir dengan kehadiran wakil-wakil dari pelbagai Jabatan dan unit dalam UTM yang akan menyokong perlaksanaan program berimpak ini yang dijangka akan diadakan pada 28 hingga 29 Oktober 2023.

Dato’ Normaziah Sheikh Mohamed telah memberi sedikit pengenalan tentang KWIM dan Program Jelajah IKON yang memfokuskan kepada usaha menangani masalah psikososial wanita, dimana program Are-You-OK zon selatan adalah satu dari perancangan mereka untuk mendekati golongan sasar di selatan Malaysia, bersama-sama UTM sebagai satu entiti gedung ilmu yang disegani.

Pengarah Program Ar-You-OK, Ts. Dr. Nur Haliza Abdul Wahab telah membentangkan secara kasar mengenai program Are-You-Ok Zon Selatan.

Menurut Dr. Nur Haliza, “program yang mensasarkan Wanita dan Belia ini akan memfokuskan dalam membantu memperkasa kesejahteraan masyarakat terutama dalam berhadapan dengan cabaran hidup pasca pandemik Covid-19”.

Program yang dijangka akan berlangsung selama dua hari pada Oktober 2023 ini dijangka akan dihadiri oleh lebih 1200 peserta dari kalangan komuniti setempat dan luar termasuk pelajar dan staf UTM.

Antara topik utama yang ditekankan dalam program ini adalah ‘Isu Ekonomi dan Sosial’ dan juga ‘Isu Kesihatan’ yang terbahagi kepada kesejahteraan ‘Mental (Penindasan)’ dan ‘Fizikal (Keganasan)’.

Antara aktiviti yang bakal dijalankan menerusi program ini adalah ‘Burgernita’, ‘Uni Geng Sempoi’, ‘Suri Boss Project & Girl Boss Academy’, ceramah dan perkongsian kepakaran daripada pakar-pakar dalam dan luar UTM, melihat peluang kerjaya dan banyak lagi aspek yang mampu memberi nilai tambah kepada ekonomi dan kehidupan kumpulan sasaran.

Program ini juga disokong penuh oleh semua Pusat Tanggungjawab lain di UTM yang turut hadir dalam mesyuarat termasuk; Prof. Madya Dr. Siti Zaiton Mohd Hashim dan En. Masnawi Bin Miskam (FC), Prof. Ts. Dr. Intan Zaurah Mat Darus (iLeague), Prof. Madya Dr. Abdul Rashid Husain (UTMXCITE), Prof. Madya Dr. Noorminshah lahad (WANGI), En. Mohamad Redha (Seksyen Hal Ehwal Korporat), Pn. Norhaslinda (JTNCP), Pn. Norhafizah (HEP), wakil dari TNCPI, CCIN dan lain-lain lagi.

Rombongan KWIM Bersama wakil FC juga telah membuat kunjungan hormat ke Pejabat Naib Canselor UTM, seterusnya bertemu dengan Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Ir. Ts. Dr. Ahmad Fauzi Ismail.

Datuk Ahmad Fauzi mengalukan-alukan kerjasama ini yang secara langsung dan tidak langsung dapat memberi manfaat dan memperkasakan pelajar -pelajar UTM termasuk dalam golongan sasar. Beliau juga berharap kerjasama UTM-KWIM akan dapat membawa impak jangka panjang kepada warga UTM khususnya, dan Johor amnya.

Explore More