Akhbar : Berita Harian
Tarikh : 3 Februari 2023
Sinopsis : Warga China mencatatkan bilangan pelajar antarabangsa terbesar di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) tahun ini.
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) UTM, Prof Dr Shamsul Sahibuddin, berkata ini diikuti pelajar dari Indonesia, Bangladesh, Mesir dan Nigeria.
Katanya, secara keseluruhan universiti itu mempunyai kira-kira 31,000 pelajar membabitkan Kampus UTM Johor Bahru dan Kampus UTM Kuala Lumpur.