November 26, 2024

Search
Close this search box.

UIS ’23 medan pelajar UTM dan ITS bertukar dan berkongsi ilmu pengetahuan

SURABAYA, 23 Mei – Buat julung kalinya, Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej Tun Razak (JKM KTR) telah menganjurkan program U-International Surabaya pada 18-23 Mei 2023 dengan kerjasama Institut Teknologi Sepuluh Nopember (ITS) Surabaya.

Seramai 68 orang peserta menyertai bengkel ini yang terdiri daripada 34 pelajar UTM dan 34 pelajar ITS.

Program ini bertujuan untuk berkongsi pengetahuan. Sesi perkongsian ilmu ini membolehkan pelajar universiti menyampaikan penemuan dan pengetahuan baru yang mereka peroleh melalui pengalaman belajar dan kajian mereka.

Ini membantu dalam penyebaran ilmu pengetahuan dan memperkayakan pemahaman di kalangan peserta yang hadir.

Selain itu, program ini juga bertujuan untuk meningkatkan komunikasi akademik. “Academic Talks” memberikan kesempatan untuk pelajar UTM dan ITS melatih kemahiran berkomunikasi mereka dengan menyampaikan pembentangan.

Ini membantu dalam memperbaiki kemahiran berkomunikasi dan mempersiapkan mereka untuk cabaran akademik dan profesional di masa depan.

Seterusnya, sesi perkongsian ini dapat merangsang percambahan idea antara para pelajar yang bertujuan untuk membangkitkan perbincangan dan soal jawab mengenai topik yang dibincangkan seperti keusahawanan, kerjaya dan pembangunan pelajar, sebagaimana yang telah disampaikan oleh Direktorat Hal Ehwal Pelajar ITS.

Ini membolehkan peserta memperluas pemahaman mereka melalui pemikiran kritis, pertukaran pendapat, dan analisis kajian yang dilakukan oleh pelajar universiti.

Di akhir program ini, pelajar dari kedua-dua buah universiti ini dapat memupuk budaya kecemerlangan kesarjanaan, meningkatkan pemahaman dalam bidang-bidang tertentu, dan membantu pelajar dalam pembangunan profesional mereka.

Oleh : Fong Yi Ka

 

 

Explore More