Disember 19, 2024

UTM KL Sports Carnival 2023 medan tingkat semangat kesukanan dalam kalangan staf UTM Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, 2 Jun – UTM KL Sports Carnival 2023 (Kejohanan Sukan Staf & Alumni) sedang berlangsung dari 15 Mei hingga 22 Jun 2023 di kawasan sekitar kampus.

Terdapat enam (6) kontinjen yang telah menyertai pertandingan ini. UTM KL Sports Carnival merupakan Kejohanan Sukan Staf UTMKL dan Alumni yang melibatkan Staf UTM Kuala Lumpur dan Empat Jemputan Khas iaitu Staf UTM SPACE, UTM Holding, Persatuan Alumni UTM, dan Alumni UTM.


Kejohanan staf dan alumni ini merupakan kejohanan tahunan yang dianjurkan bagi mengukuhkan hubungan kolaborasi dan strategik antara staf dan alumni.

Selain itu, kejohanan ini dianjurkan bertujuan untuk mencungkil bakat – bakat staf dan menekankan aspek work life balance dalam kalangan warga universiti.

Kejohanan ini juga bertujuan untuk mencungkil bakat – bakat staf di dalam arena sukan untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi dan berprestij.

Secara tidak langsung, kejohanan ini menyahut seruan dasar kementerian iaitu kecemerlangan sukan di peringkat universiti adalah teras pembangunan sukan negara.


Antara sukan yang dipertandingkan Futsal, Tenpin Bowling, Badminton berpasukan, Sepak Takraw, Woodball, Larian 4×4, Pingpong berpasukan, Dodgeball, Bola Jaring, Dart Mix dan Bola Sepak.

Larian 4 x 1000m merupakan acara tahunan yang dilakukan di pusingan kampus UTM Kuala Lumpur. Acara tersebut di bahagikan kepada Kumpulan Veteran Lelaki untuk 40 tahun ke atas, manakala Veteran Perempuan untuk 35 tahun ke atas. Pasukan senior 34 tahun ke bawah untuk pasukan perempuan, manakala pasukan senior lelaki 39 tahun kebawah.


Keputusan rasmi acara larian tersebut telah di menangi oleh Kumpulan Lelaki Kuning A (Agusta) dengan jumlah 18 minit 48 saat manakala Kumpulan Perempuan  A (Raptor), dengan jumlah 27 minit 54 saat.

Walaupun tidak terlibat dengan permainan yang dipertandingkan, semangat kesukanan di antara staf mencuri tumpuan pihak penganjur, iaitu Pusat Kecermelangan Sukan UTM KL.

Mereka teruja dengan penyertaan rakan rakan sejawat disamping menaikkan semangat pasukan masing masing. Sokongan yang diberikan melalui sorakan dan tepukan dari tepi koridor pejabat.


Explore More