November 26, 2024

Search
Close this search box.

Lanjut pengajian ke peringkat PhD selepas hilang anak akibat penyakit kanser

Johor Bahru: Semangat seorang ibu yang bangkit semula melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah kedoktoran falsafah (PhD) selepas kehilangan anak akibat kanser, menerima pujian Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah.

Raja Zarith Sofiah bertitah, baginda dan puteranya, Almarhum Tunku Jalil Sultan Ibrahim pernah melawat Dr Norizan Sulong dan Allahyarham anaknya dikenali sebagai Zakwan pada 2012.

Norizan yang menerima PhD dalam bidang dasar pengantarabangsaan pendidikan tinggi, kehilangan anaknya Zakwan pada 2012 akibat leukemia, manakala Raja Zarith Sofiah kehilangan Almarhum Tunku Abdul Jalil akibat kanser hati tiga tahun kemudian.

Sumber : Berita Harian – 28 November 2022

Baca artikel

Explore More