Akui perlu berdikari, enggan lihat kekurangan diri sebagai penghalang untuk berjaya
Dua penuntut perempuan kategori orang kurang upaya (OKU) yang mendaftar di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai di sini pada Isnin teruja memulakan kehidupan baharu dan sedia berdepan pelbagai cabaran sebagai mahasiswa.
Dalam pada itu, Naib Canselor UTM, Profesor Datuk Ir Dr Ahmad Fauzi Ismail berkata, UTM menerima kemasukan seramai 3,558 penuntut baharu peringkat Sarjana Muda Sepenuh Masa di dua kampusnya iaitu di sini dan di Kuala Lumpur pada Isnin.
Beliau menjelaskan, daripada jumlah tersebut, seramai 3,401 penuntut mendaftar di kampus UTM Skudai, manakala 157 penuntut di kampus UTM Kuala Lumpur.
Sumber : Sinar Harian – 11 Oktober 2022