November 22, 2024

Search
Close this search box.

Bagi menarik minat serta rneningkatkan nilai tarnbah golongan istimewa dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), Fakulti Sains Sosial dan, Kemanusiaan (FSSH) dan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menganjurkan Pertandingan Reka Bentuk Bot Banjir Mesra Orang Kelainan Upaya (OKU).

Program tersebut dijalankan dengan kerjasama Majlis Bandaraya Negeri Johor, Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Persatuan STEM Negeri Johor dan Persatuan Pendidikan Sains dan Matematik Johor.

Pertandingan itu turut memberikan impak positif kerana mampu meningkatkan pelbagai kemahiran pelajar seperti kreativiti saintifik, komunikasi dan penyelesaian masalah. Bukan itu sahaja, para guru dan pelajar juga mendapat pengalaman baru sewaktu menyertai aktiviti berkenaan, sekali gus rnenambah minat mereka terhadap STEM.

Sumber : Kosmo – 31 Oktober 2022

Baca artikel

Explore More