April 28, 2024

Search
Close this search box.

Inisiatif MySaveFood 2023 kurangkan pembaziran makanan

Oleh: Mohammad Danish Erfan Mohd Nor Hisham

KUALA LUMPUR, 25 Mei – Masalah pembaziran makanan ketika bulan puasa di bazar-bazar Ramadhan berada di tahap yang sangat membimbangkan disebabkan lebihan makanan yang dibuang begitu sahaja setelah tamatnya pengoperasian.

Oleh itu, Persatuan Pemuda GEMA dengan kerjasama Jawatan Kuasa Mahasiswa (JKM), Persatuan Ijazah Kejuruteraan Sistem Elektronik (Elecsys), dan Jawatan Kuasa Mahasiswa Pelajar Luar Kampus (JKM PLK) telah mengadakan program “MySaveFood” yang bertempat di Bazar Sri Rampai bertujuan untuk mengurangkan pembaziran makanan.

Program ini melibatkan 37 sukarelawan yang bersemangat untuk menyumbangkan kudrat mereka bagi mengagihkan makanan lebihan kepada mereka yang memerlukan.

Bazar Sri Rampai, yang terletak diantara  Tasik Sri Rampai dan Taman Sri Rampai, telah menjadi tuan rumah bagi pasar malam dan bazar Ramadhan tempatan. Masalah pembaziran makanan yang semakin meningkat telah menginspirasikan pihak pemuda GEMA untuk mengambil tindakan yang berkesan.

Dalam usaha untuk memerangi pembaziran makanan, Persatuan Pemuda GEMA berkolaborasi dengan JKM, Elecsys dan JKM PLK iaitu persatuan-persatuan yang tertubuh bawah satu sayap universiti yang sama iaitu Universiti Teknologi Malaysia (UTMKL)

Program “MySaveFood” berjaya menghimpunkan seramai 37 sukarelawan yang terdiri daripada pelajar UTM dan komuniti setempat.

Sukarelawan ini bertanggungjawab untuk mengumpul makanan yang masih berkualiti daripada peniaga-peniaga bazar, membungkus dan mengagihkan makanan tersebut kepada mereka yang memerlukannya.

Umairah Azzahra (kiri) menerangkan kepada salah seorang peniaga berkaitan Program MSF

Dalam satu kenyataan, Haji Ishak, pengurus Masjid Abu Ubaidah selaku pusat pengumpulan makanan berkata, “Kami sangat gembira dengan penglibatan sukarelawan dan kerjasama di antara Pemuda GEMA, JKM, Elecsys, dan JKM PLK untuk melancarkan program MySaveFood. Kami percaya bahawa dengan usaha ini, kami dapat mengurangkan pembaziran makanan yang berlaku dalam bazar Ramadhan dan pada masa yang sama membantu mereka yang kurang bernasib baik.”

Program ini  dijalankan selama 3 hari bermula pada 7 April sehingga 9 April 2023 di bazar tersebut. Selain daripada mengurangkan pembaziran makanan, MySaveFood juga meningkatkan kesedaran mengenai isu pembaziran makanan dalam kalangan peniaga dan pengunjung bazar.

Buktinya, program ini berjaya menyelamatkan total makan dan minuman sebanyak 165 kg selama program ini dijalakan. Bazar Sri Rampai berharap bahawa inisiatif mereka dapat menjadi teladan kepada bazar-bazar tempatan yang lain.

Sekumpulan sukarelawan sedang membungkus lebihan makanan untuk diagihkan kepada pihak yang memerlukan

Kerjasama antara Pemuda GEMA, JKM, Elecsys, dan JKM PLK menunjukkan komitmen mereka dalam menangani isu pembaziran makanan dan membantu masyarakat setempat.

Diharapkan program ini dapat memberi memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat dan menghasilkan kesedaran tentang kepentingan menjaga kestabilan makanan dalam masyarakat kita.

Sesi penggambaran bersama para sukarelawan MSF setelah selesainya program MSF

 

 

Explore More