November 26, 2024

Search
Close this search box.

Pelajar kejuruteraan geomatik UTM kongsi ilmu astronomi bersama kanak-kanak prasekolah

Oleh: Othman Bin Zainon

JOHOR BAHRU, 22 Mei– Pelajar Sarjana Muda Geomatik dengan Kepujian, Fakulti Alam Bina dan Ukur UTM telah menganjurkan program Pembelajaran Servis yang bertajuk “Beyond The Sky” di Tadika Albaghdadi Playtime Centre, Pulai Mutiara.

Tujuan program ini adalah untuk melibatkan pelajar dengan aktiviti yang menjurus kepada komuniti, pada masa yang sama membantu membangunkan kemahiran akademik dan komitmen para pelajar terhadap pembangunan pengetahuan.

Objektif program “Beyond The Sky” secara tidak lansung dapat meningkatkan kemahiran pelajar dalam mengorganisasi maklumat berkait astronomi serta melakukan penambahbaikan berdasarkan aspek-aspek pembangunan pengetahuan.

Program ini melibatkan aktiviti perkongsian ilmu Astronomi kepada kanak-kanak prasekolah supaya dapat menarik minat mereka untuk mempelajari ilmu astronomi.

Seramai 45 orang kanak-kanak prasekolah Albaghdadi Playtime Centre terlibat dengan program ini dan dibantu oleh seramai sepuluh (10) orang fasilitator daripada pelajar Tahun 3 Kejuruteraan Geomatik, UTM.

 

Perkongsian Ilmu oleh wakil fasilitator

Fasilitator sedang menyampaikan ilmu astronomi kepada peserta

Murid-murid prasekolah sedang diberikan kertas mewarna

Murid-murid sedang melakukan aktiviti mewarna

     Aktiviti mewarna dibimbing oleh fasilitator

Semua fasilitator sedang membantu pelajar mejayakan aktiviti mewarna

Program ini dimulakan dengan sesi perkongsian ilmu mengenai matahari, planet, bintang dan galaksi. Kami turut menyediakan pelbagai aktiviti yang interaktif dan menarik iaitu “Bintang-bintang di langit”, “Suai padan planet”, dan “Cipta planet”.

Bagi merancakkan sesi pemindahan ilmu ini, aktiviti yang di beri nama “Bintang-bintang Dilangit” telah dijalankan di mana peserta perlu menyambungkan titik-titik mengikut nombor supaya membentuk buruj.

Di samping itu, kanak-kanak tersebut juga dilibatkan dengan aktiviti mewarna angkasawan mengikut kreativiti peserta itu sendiri. Akhir sekali, aktiviti cipta planet daripada plastesin telah diadakan agar program bertambah menarik.

Aktiviti Cipta Planet bersama fasilitator

Aktiviti suai padan planet-planet

Hasil akhir ‘Cipta planet’ yang telah disiapkan oleh murid-murid Prasekolah

Bak perpatah Melayu “melentur buluh biarlah dari rebungnya”, program Beyond the Sky ini menerapkan unsur keempat Sustainable Development Goals (SDGs) iaitu quality education yang bertujuan untuk menambah ilmu astronomi dalam diri generasi kanak-kanak dan agak sentiasa relevan dengan minat mereka.

Program ini diharapkan dapat mendedahkan kanak-kanak tersebut untuk terus meneroka ilmu astronomi ini dan mencari keunikannya. Agar ilmu astronomi sentiasa dalam radar ilmu pengetahuan mereka pada masa hadapan.

Program ini secara keseluruhannya telah mendapat sambutan yang meriah serta maklum balas yang baik daripada kanak-kanak prasekolah dan para guru Tadika.

Program ini dapat mengeratkan lagi jalinan mesra antara UTM dengan pihak Tadika, sekaligus mempromosikan UTM sebagai salah satu institusi pengajian yang menjadi pilihan kanak-kanak tersebut. Selain itu, program ini dapat melahirkan kanak-kanak yang berbakat dalam bidang astronomi.

Di samping itu, para pelajar UTM pula mampu meningkatkan lagi kemahiran komunikasi serta kerja berpasukan selaras dengan ‘UTM Graduates Student Attributes’ khususnya bagi para pelajar Kejuruteraan Geomatik di Fakulti Alam Bina dan Ukur.

Pihak penganjur juga mengucapkan sekalung penghargaan kepada UTM iLeague yang telah menyumbang dana bagi pelajar menjayakan program ini.

Aktiviti maklumbalas oleh mruid-murid prasekolah

Ucapan penutup oleh wakil Prasekolah Tabika Al-Bhagdadi

Penyampaian cenderahati kepada pihak Tabika Al-Bhagdadi oleh Dr Aimi binti Musa

Explore More