April 29, 2024

Search
Close this search box.

UTM-AKEPT lancar Modul ‘Vice-Chancellor Executive Coaching’ (VCEC)

KUALA LUMPUR, 9 Mei –  Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bersama Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) melancarkan Modul ‘Vice-Chancellor Executive Coaching’  yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi di Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) semalam. Pelancaran ini adalah bersempena Program Suai Tugas Strategik Ahli Lembaga Pengarah Universiti Awam (SOfBoD) di bawah kelolaan Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Program suai tugas (SoFBoD) ini telah dihadiri oleh Pengerusi Lembaga Pengarah daripada 20 Universiti Awam beserta ahli-ahli Lembaga Pengarah Universiti dan Naib Canselor Universiti.  Turut hadir YBhg. Prof. Dato’ Dr. Nasrudin bin Mohammed, Pengarah AKEPT yang juga rakan kolaborasi UiTM.

Pengerusi dan Ahli-ahli Lembaga Pengarah Universiti Awam bersama Yang Berhormat Menteri Pendidikan Tinggi.

Program SOfBoD ini merupakan satu inisiatif dalam memperkasa tadbir urus dan governan universiti awam serta bagi memugarkan peranan Pengerusi dan ahli LPU  dalam memandu kepimpinan universiti agar keseimbangan peranan dimeterai bagi memacu kecemerlangan universiti.

Selari dengan inisiatif SoFBoD yang sentiasa memberi perhatian kepada kepimpinan institusi bagi memastikan kelangsungan kecemerlangan Universiti. Modul VCEC dibangunkan sebagai usaha dalam menterjemahkan kepimpinan berkualiti, berkompeten dan berjiwa besar.

Modul yang bersifat sinergistik ini merangkumi tujuan, objektif dan pelaksanaan Eksekutif Coaching. Fokus modul ini menumpukan kepada asas, faedah kepada organisasi dan proses coaching yang akan dilaksanakan.

Barisan coach yang terlibat dalam pembangunan modul dan merupakan pembimbing bagi program ini. (Dari kiri) Dr. Mahyuddin bin Arsat, Prof. Dr. Hamdan bin Said, Prof Datuk Ir. Dr. Wahid bin Omar, Prof. Ir. Dr. Nordin bin Yahaya, Datin Paduka Setia Dato’ Dr. Aini binti Ideris, Prof. Datuk Dr Nor Aeini binti Mokhtar, Prof. Madya Dr. Siti Rahmah binti Awang, dan Ts. Dr. Nur Azaliah binti Abu Bakar.

Modul ini juga menekankan dimensi kompetensi kepimpinan Naib Canselor Institusi Pengajian Tinggi dari perspektif pihak berkepentingan Universiti yang dikategorikan kepada lima tema, iaitu Kecekapan Kepimpinan, Kepimpinan Strategik, Tadbir Urus, Kesihatan Organisasi serta Risiko dan Cabaran.

Paparan hologram buku yang diaktifkan sebaik Yang Berhormat Menteri Pendidikan Tinggi melakukan imbasan tangan menjadi simbolik perasmian modul pada majlis berkenaan. Naskhah Modul ‘Vice-Chancellor Executive Coaching’ turut diserahkan kepada Yang Berhormat Dato’ Seri Mohamed Khaled Bin Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi oleh YBhg.Prof. Dato’ Dr. Nasrudin Mohamed, Pengarah AKEPT.

Penyempurnaan pelancaran Modul VCEC oleh Yang Berhormat Menteri Pendidikan Tinggi diiringi oleh YBhg. Prof Dato’ Dr. Nasrudin bin Mohammed Pengarah AKEPT dan YBhg. Prof. Datuk Dr. Hajah Roziah Mohd Janor, Naib Canselor UiTM.

Explore More