April 29, 2024

Search
Close this search box.

UTM terima lawatan penanda aras JTS Sarawak, kongsi kepakaran nilai instrumen soalan peperiksaan juru ukur tanah berlesen

Oleh: Dr. Wan Anom Wan Aris

JOHOR BAHRU, 12 Mac – Satu lawatan teknikal telah berlangsung antara Land Surveyors Board Sarawak dengan Program Geoinformasi, Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU).

Lawatan ini dilaksanakan sebagai usaha memperkasakan jalinan makmal satelit dengan program perkongsian penilaian dan kaedah penyediaan soalan-soalan peperikssan untuk bakal Juruukur Berlesen di Sarawak.

Delegasi lawatan ini diketuai oleh Sr Ramzi Abdillah dan kehadiran delegasi diraikan wakil daripada FABU, UTM iaitu Pengarah Geoinformasi, Prof. Madya Sr Dr Tajul Ariffin Musa dan Pensyarah Kanan FABU, Sr Dr. Muhammad Hafiz Mohd Yatim.

Delegasi pihak industri dari Land Surveyors Board Sarawak

Lawatan ini dimulakan dengan pertemuan oleh delegasi ini bersama Dekan FABU, Prof Sr Dr. Kherun Nita binti Ali dan lawatan ke Pusat Kajian Alam Bina Dunia Melayu (KALAM). Sesi perkongsian mengenai aktiviti KALAM diberikan oleh Ar. Idr. Ts. Noraslinda binti Abdul Rahman.

Ramah mesra bersama Dekan FABU dan lawatan ke Pusat Kajian Alam Bina Dunia Melayu (KALAM).

Seterusnya, program perkongsian dimulakan dengan pendedahan mengenai kaedah perlaksanaan penilaian program oleh Sr Dr. Zuhaili Mohamad Ramly, Penolong Dekan (Hubungan Luar & Global), FABU.

Pendedahan ini termasuklah kaedah penjanaan Course Information, Constructive Alignment, dan Domain of Learning berdasarkan standard taxanomy bloom UTM.

Perkongsian kaedah penyediaan soalan peperiksaan kepada Land Surveyors Board Sarawak

Seterusnya sesi perkongsian diteruskan dengan sesi bersama Dr. Wan Anom Wan Aris, Penyelaras Program Sarjana Muda Kejuruteraan Geomatik, Geoinformasi di FABU.

Perkongsian ini melibatkan pendedahan mengenai contoh-contoh soalan peperiksaan serta rubrik penilaian dari program sarjana ini berdasarkan standard taxanomy bloom UTM.

Lawatan ke makmal satelit FABU UTM – JTS Sarawak dan pusat kawalan infrastruktur jaringan GNSS Continuously Operating Reference Station (CORS) UTM.

Pihak Land Surveyors Board Sarawak turut berpeluang menyaksikan kemudahan makmal satellit dan Pusat Kawalan infrastruktur jaringan GNSS Continuously Operating Reference Station (CORS) oleh UTM di Bangunan C02, FABU.

Lawatan ini telah memberi suatu pendedahan baharu kepada delegasi ini khususnya kaedah penilaian bagi peperiksaan Licence to Practice dan teknologi inovasi yang dihasilkan oleh Kejuruteraan Geomatik di UTM.

Sehubungan dengan itu, lawatan ini juga memantapkan sinergi dalam penglibatan universiti dan industri untuk makmal satelit FABU UTM – JTS Sarawak bagi kemajuan bidang Kejuruteraan Geomatik di Sarawak dan di UTM.

Explore More