November 27, 2024

Search
Close this search box.

Pelajar Kejuruteraan Geomatik UTM kongsi ilmu teknologi GPS bersama Bomba Putrajaya

PUTRAJAYA, 13 Jan.– Seramai 10 pelajar Tahun Tiga Kursus Kejuruteraan Geomatik Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menganjurkan satu program mengenai ‘Wonders of GPS in Positioning’ di Balai Bomba dan Penyelamat Presint 7, Putrajaya.

Tujuan program ini adalah untuk mendedahkan tentang manfaat teknologi Global Positioning System (GPS) kepada anggota bomba. Selain itu, satu demonstrasi juga turut diadakan bersama-sama anggota bomba dengan menggunakan alat penerima jenis navigasi iaitu telefon bimbit serta penggunaan alat penerima jenis pengukuran iaitu alat GPS.

Sehubungan dengan itu, tujuan demonstrasi ini adalah untuk membezakan cara pengendalian alat dan tahap kejituan yang dicapai antara penggunaan GPS secara umum iaitu dengan menggunakan telefon bimbit dan penggunaan GPS jenis pengukuran yang berketepatan tinggi iaitu dengan menggunakan alat GPS.

Perkongsian mengenai GPS.
Sesi demonstrasi alat GPS.

Perkongsian daripada pihak bomba.

Pertukaran cenderahati.

Pada keseluruhannya, program ini telah mendapat maklum balas yang baik daripada anggota-anggota Balai Bomba dan Penyelamat Presint 7, Putrajaya. Tidak dilupakan juga, pihak balai bomba juga turut mengadakan sesi perkongsian ilmu mengenai ‘Peranan Bomba Sewaktu Kecemasan’.

Dengan adanya perkongsian ini, diharapkan dapat memberi sedikit idea tentang penggunaan GPS untuk kegunaan pihak bomba. Tambahan pula, program ini juga turut membantu dalam mempertingkatkan kemahiran komunikasi professional serta kemahiran insaniah bagi pelajar-pelajar UTM, khususnya bagi para pelajar Kejuruteraan Geomatik, Fakulti Alam Bina & Ukur (FABU).

 

 

 

 

Explore More