November 22, 2024

Search
Close this search box.

14 tips dan cara berfikir positif di tempat kerja

Bagaimana cara berfikir positif di tempat kerja?
Bagaimana caranya agar tetap tenang dalam menghadapi masalah yang timbul, baik dari rakan sekerja atau pihak atasan?

 

1. Daya Kawalan Pola Pemikiran yang Positif di Tempat Kerja

Salah satu hal yang dapat dikawal  adalah dengan memilih untuk mengawal pola fikir dan suasana hati kita.Dengan kawalan tersebut, secara tidak langsung, kita tetap memiliki motivasi yang tinggi dan semangat yang tidak surut apabila menghadapi cabaran yang terjadi. Keadaan ini terutamanya di pejabat, iaitu “rumah kedua” kita. Sekurang-kurangnya  8 jam sehari, kita akan berada di tempat kerja atau pejabat iaitu tempat sumber untuk kita mencari rezeki.

2. Visualkan kejayaan

Bayangkan kejayaan diri sendiri di dalam minda walaupun ia hanyalah hal-hal yang kecil. Ini kerana kejayaan yang beribu langkah bermula dengan hanya setapak kehadapan. Hal ini akan sangat menolong dan mendorong diri kita untuk memiliki sikap yang semakin positif dan bersemangat untuk menyelesaikan pelbagai cabaran yang mendatang di dalam pekerjaan.

3. Duduk dengan Tegak

Ketika hal yang mencabar fikiran datang,  sebagai manusia biasa, kita  merasa berat untuk memikirkannya, Berusahalah untuk duduk dengan tegak di kerusi sambil sedikit mendada kehadapan. Tarik nafas perlahan sambil membuat helaan nafas secara perlahan. Katakan dan yakinkan kepada diri sendiri akan kemampuan dalam menghadapi permasalahan itu. Kita akan merasa lebih baik dan lebih positif.

4. Kelilingi Diri Sendiri dengan Gambaran yang Positif

Dalam meningkatkan semangat dan fikiran positif, kita yang dapat mengawal dan membuat suasana meja kita nampak lebih selesa. Suasana tersebut dapat dizahirkan dengan pelbagai gambar serta kata-kata hikmah yang indah.

Digalakkan untuk pamerkan gambar keluarga atau pemandangan yang dapat memangkin motivasi kita dalam bekerja. Kelilingi diri kita dengan gambar-gambar yang indah dan positif.

5. Tetap Tenang dan Biarkan Segalanya Terjadi

Ada kalanya sebuah masalah datang dan kita tidak dapat menghindarinya bahkan memperbetulkannya.Inilah saatnya untuk tetap tenang dan berdiam diri sejenak untuk merelaksasikan diri. Kadangkala dengan bersikap tenang, akan membuahkan hasil. Rehat sejenak, biarkan setiap masalah itu terjadi dan terselesaikan dengan sendirinya. Terkadang setiap masalah terlihat lebih besar daripada kenyataannya.

6. Lihat dari Sudut Pandang yang Lain

Suasana di luar diri kita memang tidak ada dalam kendalian kita. Namun fikiran kitalah yang sesungguhnya dapat kita kawal. Ubah pola pemikiran kita saat melihat pelbagai masalah yang timbul dengan cara pandang yang berbeza dan lebih positif.

Hanya dengan cara ini maka kita akan dapat melihat titik kesalahan yang telah kita lakukan serta beikhtiar untuk memperbaikinya.

7. Selidiki Fikiran

Ketika kita dapat merasakan diri sedang berfikiran negatif, cubalah untuk menyelidiki sumber dari setiap pemikiran tersebut.

Tidak salah juga jika dapat mencatatnya. Kadangkala dengan cara ini memungkinkan diri sendiri untuk mendapatkan akar permasalahan dalam situasi tersebut.  Ianya adalah sebagai suatu usaha untuk membalikkan situasi ketika hal tersebut terjadi lagi di kemudian hari.

8. Jangan Terlalu Tenggelam dalam Masalah

Setiap orang pasti melakukan kesalahan, tidak hanya sekali, dua kali bahkan tidak mustahil berkali-kali. Namun, jangan terlalu memikirkan permasalahan dan tenggelam di dalamnya.  Maafkan diri kita atas setiap kesalahan yang pernah diperbuat. Dengan memaafkan, diri kita akan merasa lebih lega.

9. Hentikan Kritikan Tajam pada Diri Sendiri

Jangan bertindah kejam dengan diri sendiri. Setiap pagi, cerminlah wajah & tubuh diri dan peluklah diri dan katakanlah “tahniah, kamu telah membuat yang terbaik setakat ini”. Tiada insan di dunia yang lebih perlu disayangi selain diri kita sendiri.

10. Lihat Diri kita secara Rasional

Sangatlah mudah untuk menyalahkan diri dan tenggelam dalam setiap kesalahan.

Ikhtiarkan diri kita untuk diam sejenak dan melihat kembali setiap perkara yang terjadi. Saat itulah kita akan dapat melihat bahwa setiap masalah yang terjadi tidak sebesar yang kita bayangkan.

11.  Percaya pada Diri Sendiri

Anda menginginkan kenaikan gaji? Anda ingin dipromosikan untuk mendapat jabatan yang lebih tinggi? Anda ingin semakin mahir dalam setiap pekerjaan anda?

Percayalah bahwa anda mampu untuk mewujudkan semuanya itu menjadi sebuah kenyataan.

12. Hindari Pengaruh Negatif dari Rakan Kerja

Setiap pekerja di tempat kerja memiliki berbagai karakter dan keperibadian yang berbeza-beza dengan berbagai latar belakang serta kebiasaan hidup masing-masing. Pola fikir, tindakan dan kebiasaan mereka boleh menjadi pengaruh yang positif mahupun negatif bagi diri sendiri.

Pilihan ada di tangan sendiri. Adakah kita mahu bersosial dengan mereka yang dapat membangunkan pola fikiran yang positif atau negatif?

Namun cadangan ini tidak bermakna kita  tidak memiliki sifat simpati atau keperihatinan terhadap mereka yang memiliki pengaruh negatif di sekeliling kita.

13. Percaya dan Yakinlah Bahwa Kita Telah  Melakukan Pekerjaan dengan Sangat Baik

Yakinkan bahawa diri kita dapat melakukan yang terbaik dengan pekerjaan yang telah diamanahkan. Kita memiliki kecekapan dan kemampuan tersendiri untuk menyelesaikan setiap tugasan melalui kretiviti dan daya usaha.

14. Cari dan Lihatlah Setiap Kesempatan

Dalam setiap kegagalan, akan ada kesempatan untuk berkembang apabila kita dapat melihatnya. Luangkan waktu untuk merenungkan setiap kegagalan dan melihat setiap kesempatan untuk maju.

Explore More