April 29, 2024

Search
Close this search box.

Hussein Onn Merisik Khabar: Pengurusan KTHO turun padang santuni mahasiswa

Oleh: Nur Zulaikha Adriana binti Shahrulnizam (JKM KTHO)  & Siti Nur Fatin Hakimah binti Ibnuzaman (penyunting)

JOHOR BAHRU, 25 Nov. – Biro Kebajikan dan Kemasyarakatan Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej Tun Hussein Onn (JKM KTHO) dengan kerjasama Majlis Felo Merbauan (MAFAN) telah mengambil inisiatif dengan menganjurkan Program Hussein Onn Merisik Khabar. Program ini menjadi satu platform terbaik bagi pengurusan KTHO untuk mengambil tahu isu dan masalah yang dihadapi oleh pelajar yang menetap di KTHO di samping merapatkan hubungan silaturahim di antara barisan MAFAN, JKM KTHO dan penghuni KTHO.

Program yang bermula pada jam 8:30 malam ini dijalankan secara bersemuka di kawasan sekitar blok KTHO. Seramai 23 orang barisan JKM ,14 orang barisan MAFAN dan 10 orang rakan biro bagi Biro Kebajikan dan Kemasyarakatan JKM KTHO telah menyertai program yang diketuai oleh pengarah, Muhamad Amir Faris bin Mohd Badaruddin 

MAFAN dan JKM KTHO di Dewan Sri Merbau

Sebanyak 6 kumpulan telah dibahagikan dan setiap kumpulan diketuai oleh wakil dari Biro Kebajikan dan Kemasyarakatan JKM KTHO. Program dimulakan dengan taklimat ringkas dari ketua kumpulan sebelum setiap kumpulan bergerak keluar meronda blok-blok kediaman pelajar.  

Program melibatkan 20 buah blok kediaman KTHO yang terdiri daripada blok pelajar perempuan (blok L04, L05, L07 dan L12) dan blok pelajar lelaki (L13, L22, L23, L24, L27, L28, L29, L30, L31, L32, L33, L34, L35, L36, L37, dan L38). JKM dan MAFAN memperuntukkan masa sebanyak 30 minit bagi mendapatkan data tentang isu yang dihadapi oleh pelajar di setiap blok kediaman.  

Ketua kumpulan mengenalkan barisan MAFAN kepada penghuni KTHO.

Wakil Biro Kebajikan & Kemasyarakatan JKM KTHO setiap kumpulan berperanan untuk memperkenalkan barisan MAFAN dan JKM KTHO sesi 2022/2023 kepada penghuni KTHO. Mereka juga telah menerangkan kepada penghuni KTHO tentang tugas ahli JKM KTHO secara lebih terperinci.  

Penghuni KTHO juga berpeluang melontarkan segala isu dan masalah yang dihadapi sepanjang menetap di KTHO. Di samping itu, JKM KTHO juga mengambil peluang melantik ketua blok di blok yang masih tidak mempunyai ketua.  

Lawatan Kumpulan 2 di blok L27

JKM KTHO juga menerangkan tentang poster aduan yang telah ditampal di setiap lobi blok di KTHO dan memastikan semua penghuni di KTHO peka tentang poster aduan yang disediakan oleh Biro Kebajikan dan Kemasyarakatan. Program ini berakhir tepat jam 10.30 malam.

JKM KTHO menerangkan kepada penghuni L04 tentang poster aduan.

Diharapkan dengan berjalannya program ini, semua warga KTHO dapat mengambil maklum terhadap segala perkongsian atau isu yang disampaikan khususnya berkaitan kebajikan dan keselamatan warga KTHO sendiri. Semoga hubungan di antara pihak MAFAN, JKM KTHO sesi 2022/2023 bersama warga KTHO sendiri akan menjadi lebih rapat.  

Pengarah program Bersama MAFAN, JKM KTHO dan rakan biro bagi Biro Kebajikan dan Kemasyarakatan.

 

Explore More