April 29, 2024

Search
Close this search box.

Hussein Onn Day 2022 Wadah Pemantapan Hubungan Warga KTHO

Oleh: Nur Farah Wahidah binti Abd Wahab (JKM KTHO)

JOHOR BAHRU, 5 Nov. – Program Hussein Onn Day 2022 atau singkatannya HOD’ 22 telah dijalankan pada 5 November 2022 lalu bagi memperkenalkan barisan Majlis Felow Merbauan (MAFAN), Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej Tun Hussein Onn (JKM KTHO) serta 7 kelab di bawah naungan KTHO sesi 2022/2023.

Program ini dianjurkan oleh JKM KTHO sebagai salah satu inisiatif bagi merapatkan lagi hubungan silaturahim antara barisan MAFAN dan JKM KTHO sendiri bersama warga KTHO. Program HOD’ 22 yang bermula jam 3.00 petang sehingga 11.00 malam ini diadakan di Dewan Sri Merbau, KTHO telah menarik minat seramai 580 orang pelajar bagi memeriahkan sambutan program ini. 

Salah satu ‘booth’ yang dikunjungi oleh warga KTHO
Terdapat pameran arnab bagi memperkenal kelab Magrotech kepada warga KTHO

Program HOD’ 22 ini dimulakan dengan persembahan Seni Silat Cekak Malaysia dan diteruskan dengan agenda utama program HOD’ 22 iaitu ucapan aluan daripada pengetua KTHO, Prof. Madya Dr. Norahim bin Ibrahim sekali gus beliau memperkenalkan barisan MAFAN sesi 2022/2023  seramai 19 orang.

Persembahan ahli-ahli seni silat cekak membuka tirai majlis
Ucapan aluan yang disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Norahim bin Ibrahim, Pengetua KTHO

Kemudian, majlis diteruskan dengan ucapan pengerusi JKM KTHO, saudara Muhammad Hakim bin Mohd Zain dan beliau telah memperkenalkan barisan JKM KTHO sesi 2022/2023 seramai 29 orang kepada penghuni KTHO yang telah hadir.

Saudara Hakim juga telah menerangkan kepada penghuni KTHO tentang tugas ahli JKM KTHO, merit kuota pelajar aktif yang akan diguna pakai untuk proses tempahan bilik pada sesi hadapan serta pencarian rakan biro bagi membantu dalam menggerakkan program-program yang telah dirancang awal oleh JKM KTHO.

Di akhir ucapan saudara Hakim, beliau telah mempromosikan ‘starter pack’ KTHO iaitu baju rasmi KTHO, baju sukan KTHO dan mafla KTHO.

Ucapan yang disampaikan oleh Pengerusi JKM KTHO, Muhammad Hakim bin Mohd Zain
‘Starter pack’ KTHO iaitu baju rasmi KTHO dan baju sukan KTHO sesi 2022/2023.
Mafla KTHO sesi 2022/2023.

Majlis seterusnya dilanjutkan dengan sesi Kahoot! yang dihangatkan oleh saudara Muhammad Harist Danish. Sesi Kahoot! ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penghuni KTHO yang hadir, dengan tiga orang pelajar telah terpilih memenangi hadiah misteri. 

Sesi Kahoot! yang dihangatkan oleh saudara Harist

Slot terakhir HOD’22 diisi dengan perkongsian oleh kelab-kelab yang bernaung dibawah KTHO sesi 2022/2023. Terdapat tujuh kelab yang bernaung dibawah KTHO iaitu Merbauan Volleyball Club (MVC), Merbauan Adventure & Recreation Club (MARC), Kelab Siswa Aktif (KESIA), Merbauan Arts Academy, Merbauan Agrotech, Brigade Al-Mahabbah & Al-Huda dan juga Kelab Silat Cekak. 

Antara slaid pembentangan dari kelab-kelab di bawah naungan KTHO

Diharapkan agar warga KTHO dapat mengambil maklum terhadap segala perkongsian yang disampaikan khususnya tentang pencarian rakan biro, sistem merit KTHO dan juga kelab-kelab KTHO agar penghuni KTHO sentiasa cakna dengan aktiviti-aktiviti bermanfaat yang dirancang oleh JKM KTHO sesi 2022/2023.

Barisan MAFAN dan JKM KTHO sesi 22/23 bersama warga KTHO selepas berakhirnya Hussein Onn Day 2022 (HOD’ 22).

 

Explore More