November 26, 2024

Search
Close this search box.

SMPK Vokasional Kulai Terima Kepakaran FABU UTM Tambah Baik Infrastruktur Ruang Belajar Selari PAK21

Oleh: Dr Zakri Tarmidi, Dr Siti Radiaton Adawiyah Zakaria, Dr Othman Zainon, Dr Nurul Hana Adi Maimun

KULAI, 17 Okt. – Fakulti Alam Bina dan Ukur Universiti Teknologi Malaysia (FABU UTM) dengan kerjasama Sekolah Menengah Pendidikan Khas (SMPK) Vokasional Kulai telah melaksanakan program Pemindahan Ilmu bagi penambahbaikan infrastruktur ruang belajar abad ke-21 (PAK21). 

Program ini dilaksanakan dengan tujuan untuk memberikan pendedahan dan pengetahuan dalam meningkatkan kemahiran bagi menambahbaik infrastruktur sesebuah ruang pembelajaran, yang berasaskan kepada PAK21.

Program ini melibatkan tiga orang pensyarah dan sembilan orang pelajar daripada FABU UTM. 240 warga SMPK Vokasional Kulai, terdiri daripada pelajar dan guru-guru turut hadir bersama dalam program ini.

Program dimulakan pada sebelah pagi dengan slot pengisian oleh Dr. Siti Radiaton Adawiyah Binti Zakaria berkaitan susun atur infrastruktur ruang pembelajaran yang berasaskan PAK21.

Infrastruktur ini perlulah berpusatkan murid, dengan berteraskan elemen komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis, kreativiti serta aplikasi nilai murni dan etika. 

Selepas itu pula dilaksanakan proses perbincangan dalam merancang aktiviti bagi membuat transformasi salah sebuah ruang pembelajaran berasaskan PAK21.

Program diteruskan dengan perkongsian oleh Dr Nurul Hana Adi Maimun serta Cik Siti Nur Zahirah Dahlan berkenaan demonstrasi alat bantu mengajar dalam meningkatkan pemahaman pelajar bagi sesuatu subjek. 

Demo pertama menggunakan model terrarium, yang menerangkan berkenaan ekosistem, dan pelajar terpilih akan mencuba model yang telah ditunjukkan. Selain itu, pelajar juga diminta untuk menggunakan bahan-bahan yang ada untuk menambahbaik model tersebut. 

Demo kedua pula adalah berkenaan model sistem pencernaan manusia. Model pencernaan ini menunjukkan daripada mana makanan atau minuman masuk, dan organ dalam badan manusia yang berkaitan dengan sistem pencernaan termasuk esofagus, hati, perut, dan lain-lain.

Ketika demonstrasi model dilaksanakan, pelajar yang terlibat akan diberikan hadiah sebagai galakan kerana berani berinteraksi dan dapat menjawab soalan yang diberikan. 

Diharapkan program ini dapat meningkatkan prestasi pelajar, dengan penerapan PAK21 yang berteraskan kepada murid. 

Sesi perkongsian oleh Dr Siti Radiaton
t
Pelajar  tekun mendengar pengisian
Gambar susun atur PAK21
Demonstrasi model terrarium oleh Dr Nurul Hana
Model Terrarium
Pelajar membuat inovasi dan penambahbaikan model terrarium
Pelajar membuat inovasi dan penambahbaikan model terrarium
Perkongsian berkenaan model sistem pencernaan manusia
Model sistem pencernaan manusia

Explore More