November 25, 2024

Search
Close this search box.

JOHOR BAHRU, 2 Nov. — Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menerima Geran Pensijilan Profesional berjumlah RM832,000 daripada Kementerian Pengajian Tinggi  menerusi program  Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) KPT-PACE Fasa-3.

Seramai 304 orang pelajar tahun akhir UTM akan menerima manfaat daripada program ini. Mereka akan mengikuti 7 program pensijilan profesional yang telah diluluskan sebagai nilai tambah bagi meningkatkan peluang kebolehpasaran mereka apabila bergraduan kelak.

Pengarah Pusat Akademik & Pengalaman Pembelajaran (UTM CAEL), Institut Siswazah Tersedia Kehidupan (UTM iLeaGue),  Profesor Ts. Dr. Intan Zaurah binti Mat Darus selaku penyelaras PENJANA KPT PACE bertanggungjawab memastikan perlaksanaan kesemua program yang telah diluluskan.

Sebelum ini, UTM juga telah menerima geran berjumlah RM1,072,880 bagi 5 program pada Fasa 1 dan RM893,450 bagi 5 program pada Fasa 2. Lebih seribu orang pelajar mengikuti pensijilan ini. Oleh itu, program-program peningkatan kebolehpasaran graduan seperti PENJANA KPT-PACE ini perlu digarap menjadi lebih kemas, diperluaskan spektrumnya, dan dipantau secara rapi bagi memastikan outcome yang ditetapkan tercapai.

UTM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua penerima geran fasa 3 ini. Program yang telah diluluskan adalah seperti berikut:

1. En. Mohd Zubil bin Bahak (FKM), Machinery Lubricant Analyst (MLA) Level 1, bernilai RM87000
2. Dr. Irmawati Binti Norazman (FSSK), The Shark Tank Business Skills, bernilai RM75000
3. Dr. Suhaila Binti Mohamad Yusuf (FC), Internet of Things Fundamentals with Favoriot IoT Platform, bernilai RM150,000
4. Dr. Suhaila Binti Mohamad Yusuf (FC), Microsoft Power Business Insights, bernilai RM150,000
5. Prof. Madya Chm. Dr. Lee Siew Ling (FS), Program Pensijilan Penyelaras Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, bernilai RM70,000
6. Prof. Madya Dr. Noorminshah Binti A.Iahad (FP), Tableau Desktop Specialist Training, bernilai RM150,000
7. Dr. Nurashikin Binti Ihsan (FS), Professional Certificate of Food Safety & Quality Management System Auditor, bernilai RM150,000.00

Explore More