April 29, 2024

Search
Close this search box.

KENYATAAN RASMI: PINDAAN TARIKH MAJLIS KONVOKESYEN KE-66 UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BERIKUTAN PERTINDIHAN TARIKH PILIHAN RAYA UMUM MALAYSIA KE-15

Dimaklumkan bahawa Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan limpah perkenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Canselor telah bersetuju meminda sesi Majlis Konvokesyen UTM ke-66 yang kebetulan jatuh pada 19 November 2022 iaitu pada tarikh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU 15).

Sehubungan dengan pindaan ini, berikut adalah pindaan sesi yang terlibat bagi majlis berkenaan:

Manakala Sesi 4 (21 November 2022) hingga Sesi 9 (23 November 2022) adalah KEKAL seperti yang telah dijadualkan.

Pindaan ini adalah bagi  memberi laluan kepada semua warga UTM, graduan dan ahli keluarga  menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

Tarikh asal Majlis Konvokesyen ke-66 UTM telah dijadualkan pada 19 November hingga 23 November 2022.

Selaras dengan pindaan ini, graduan adalah dimohon untuk merujuk laman web rasmi MK-66 di pautan www.utm.my/convocation untuk sebarang maklumat terkini.

Pihak UTM juga memohon maaf kepada graduan atas kesulitan yang timbul dan amat menghargai pertimbangan dan komitmen semua dalam menjayakan Majlis Konvokesyen kali ini.

Terima kasih.

 

“Kerana Tuhan untuk Manusia”

 

JAWATANKUASA INDUK MAJIS KONVOKESYEN KE-66

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

24 Oktober 2022

Explore More