April 30, 2024

Search
Close this search box.

KUALA LUMPUR, 12 Okt. – Sempena Sambutan Ulang Tahun 50 UTM, Pusat Jaringan Komuniti dan Industri telah menganjurkan Program USR Agihan Makanan kepada Komuniti Pusat Transit Gelandangan di Ajung Kembara, Jalan Pahang, Kuala Lumpur.

Program selama sejam bermula pukul 12.30 tengah hari telah dihadiri oleh seramai 12 orang staf UTM termasuk Pengarah Pusat Jaringan Komuniti dan Industri (CCIN), Prof Madya Dr. Johari bin Surif. Pada program berkenaan, Prof Madya Dr. Johari telah menyampaikan ucapan penghargaan kepada penghuni dan seterusnya mengagihkan makanan tengah hari kepada kira-kira 50 penghuni di Anjung Kembara.

Pusat Transit Gelandangan di Anjung Kembara adalah salah satu daripada 3 pusat transit gelandangan di Kuala Lumpur. Pusat-pusat transit ini dibangunkan hasil inisiatif Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Yayasan Kebajikan Negara (YKN) dalam mewujudkan pusat intervensi sosial untuk membantu golongan gelandangan di Kuala Lumpur.

Di Anjung Kembara sahaja buat masa ini menempatkan kira-kira 200 orang gelandangan yang memerlukan. Di sini, penghuni disediakan kemudahan tempat tinggal sementara, makan minum dan sebagai pusat intervensi bagi mempersiap sediakan mereka menempuhi cabaran hidup agar tidak  terpinggir daripada arus pembangunan negara.

Program USR Agihan Makanan  kepada Komuniti Pusat Transit Gelandangan  ini adalah hasil kerjasama strategik antara UTM dan DBKL yang telah lama bekerjasama dalam program berbentuk masyarakat sebelum ini terutamanya dalam Program Local Agenda 21 di Kebun Bandar Sg.Bunus.

 

Pegawai penyelia di Anjung Kembara memberi ucapan aluan

 

Pengarah CCIN, Prof Madya Dr. Johari Surif menyampaikan ucapan penghargaan kepada komuniti Anjung Kembara, Pusat Transit Gelandangan KL
Pengarah CCIN dan staf UTM bergambar di Anjung Kembara, Pusat Transit Gelandangan KL

Explore More