November 22, 2024

Search
Close this search box.

Kunjungan Delegasi JTS Sarawak Perkukuh Kerjasama Makmal Satelit Antara Agensi-Universiti

Disediakan oleh: Amir Husni Kamaludin, Prof. Madya Dr. Tajul Ariffin Musa & Dr. Aimi Musa

Jabatan Tanah & Survei (JTS) Sarawak telah mengadakan kunjungan ke Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU), UTM pada 19 September 2022 yang lalu. Kunjungan ini adalah bersempena dengan Persidangan Jurukur Jabatan Tanah dan Survei Tahun 2022 dan merupakan salah satu aktiviti untuk memperkukuh kerjasama antara Makmal Satelit FABU-JTS.

Datuk Naib Canselor menyampaikan cenderahati kepada Pengarah Tanah dan Survei, Datu Abdullah Julaihi

Seramai empat puluh (40) orang wakil delegasi daripada Ibu Pejabat dan Pejabat Bahagian JTS telah mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Naib Canselor UTM. Delegasi JTS diketuai oleh Pengarah Tanah dan Survei, Datu Abdullah Julaihi diiringi oleh Timbalan Pengarah (Operasi), Sr Rozlan Haji Putit, Penolong Pengarah (Survei), Sr Ramzi Abdillah, Jurukur Kanan, Sr Jawan Tumba dan Pegawai Integriti, Puan Siti Romiza Romali telah disambut oleh Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Ir. Ts. Dr. Ahmad Fauzi Ismail.

Turut hadir bersama ialah wakil daripada FABU UTM iaitu Timbalan Dekan Akademik dan Hal Ehwal Pelajar, Prof. Madya LAr. Dr. Sapura Mohamad, Pengarah Geoinformasi, Prof. Madya Dr. Tajul Ariffin Musa, Timbalan Pendaftar FABU, Encik Jalil Maulani dan Ketua Pegawai Eksekutif Uni-Technologies Sdn Bhd, Sr Dr. Nor Hafizi Md Lani.

Sesi lawatan ke Stadium Azman Hashim UTM oleh delegasi JTS

Selain itu, delegasi JTS berpeluang melawat ke sekitar kampus untuk melihat fasiliti yang disediakan oleh UTM. Antara agenda kunjungan adalah perasmian Makmal Satelit Bersekutu FABU-JTS oleh Pengarah Tanah dan Survei.

Delegasi JTS turut berpeluang untuk melihat teknologi dan infrastruktur yang dimiliki oleh FABU seperti Pusat Kawalan Jaringan Stesen CORS ISKANDARnet dan Makmal Ukur Kejuruteraan dan Kadaster. Sesi perkongsian bersama delegasi JTS berkenaan keupayaan teknologi dan demonstrasi alat ukur turut diadakan oleh staf dan pelajar FABU.

Delegasi JTS bersama wakil FABU menyaksikan montaj Makmal Satelit Bersekutu FABU-JTS
Pengarah Tanah dan Survei, Datu Abdullah Julaihi menyempurnakan perasmian Makmal Satelit Bersekutu FABU-JTS
Sesi lawatan ke Pusat Kawalan Jaringan Stesen CORS ISKANDARnet oleh delegasi JTS
Demonstrasi penggunaan teknologi TLS oleh staf Makmal Ukur Kejuruteraan dan Kadaster
Demonstrasi penggunaan teknologi GPS berasaskan jaringan ISKANDARnet oleh pelajar pascasiswazah

Kunjungan ini telah memberi suatu perkongsian dan pendedahan baharu kepada delegasi JTS khususnya berkaitan dengan teknologi dan kepakaran yang ditawarkan oleh FABU untuk dimanfaatkan bersama-sama. Kunjungan ini juga secara jelasnya telah memperkukuhkan lagi sinergi Agensi – Universiti yang telah terjalin di antara JTS dan FABU melalui pembentukan Makmal Satelit FABU-JTS.

Explore More