April 28, 2024

Search
Close this search box.

Konvensyen Felo 2022 Hasilkan 10 Resolusi Demi Mendukung Pelan Strategik Universiti

Bertemakan “Pengukuhan Fungsi Institusi Pembangunan Felo Pasca Pandemik”, Majlis Konvensyen Felo 2022 yang telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UTM, Prof. Dr. Shamsul bin Sahibuddin telah berjaya dilaksanakan dari 11 sehingga 13 Ogos 2022 bertempat di Bayou Lagoon Park Resort, Melaka.

Konvensyen Felo yang merupakan acara dwitahunan anjuran Institusi Pembangunan Felo (IPF) dilaksanakan secara giliran oleh Majlis Felo kolej-kolej di Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Pada tahun ini, tanggungjawab penganjuran disandang oleh Kolej Tuanku Canselor (KTC) di bawah penasihatan Pengetua KTC, Prof. Ir. Dr. Sharul Kamal bin Abdul Rahim dan dipimpin oleh Dr. Amirjan bin Nawabjan. AJK Pelaksana pula terdiri daripada felo dan pembantu felo kolej-kolej kediaman di dalam UTM.

Jawatankuasa Pelaksana Majlis Konvensyen Felo 2022 yang Diketuai oleh Kolej Tuanku Canselor (KTC)

Seramai 130 orang ahli IPF telah terlibat bersama dalam Konvensyen 2022 ini untuk berdiskusi, berdialog, bertukar-tukar pandangan mengenai pembangunan IPF serta mendukung matlamat dan halatuju universiti yang sejajar dengan “Envision UTM 2025” dan juga dasar Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Maka terhasillah 10 resolusi di antarannya ‘Pengukuhan dan peranan kolej serta IPF pasca pandemik’, ‘Pembangunan program berimpak yang menyokong Quadraple Helix’, ‘Kebajikan Pengetua dan Felo’, ‘Kebajikan, perkhidmatan dan kesejahteraan mahasiswa’ serta ‘Dokumentasi peraturan dan undang-undang kolej’.

Konvensyen Felo pada kali ini turut menampilkan Prof. Datuk Ahmad Bin Hj. Khalid, Rektor Universiti Geomatika Malaysia Melaka, yang juga pernah terlibat dalam dunia kefeloan dan pembangunan pelajar di UTM dengan menyandang jawatan sebagai Pengetua Kolej Perdana dan Pengarah Pembangunan Mahasiswa UTM KL. Beliau dijemput untuk memberikan perkongsian mengenai program pembangunan pelajar berimpak tinggi dalam usaha mencorak dan menggilap pelajar-pelajar UTM menjadi graduan berkualiti tinggi dan berkelas dunia.

Sementara itu, Pengerusi IPF UTM, Prof. Madya Dr. Haizal Bin Jamaluddin berkata JTNCHEP dan IPF UTM perlu bersama-sama menggembleng tenaga dalam mengkaji dan menambahbaik program-program pembangunan pelajar dengan mengambilkira perspektif yang lebih bersepadu, menyeluruh dan luas serta mempunyai impak tinggi dalam membentuk modal insan berminda kelas pertama yang mampu menjamin pembangunan negara yang mampan.

Kejayaan penganjuran ini juga hasil daripada penajaan yang diterima daripada Global Envdk Sdn. Bhd., Rizqan Tijarah Sdn. Bhd., dan SGT Ventures Sdn. Bhd. serta Jabatan HEP UTM. Sokongan daripada Jabatan Pendaftar serta Unit Endowment UTM juga membantu pengurusan konvensyen ini.

Disediakan oleh: Cik Ain Ajeerah binti Ramli & Dr. Nurzal Effiyana binti Ghazali

Explore More