November 22, 2024

Search
Close this search box.

Dewan Muda Johor (DMJ) merupakan satu platform terbuka buat generasi muda Johor untuk berdialog, berbincang dan mengutarakan aspirasi mereka berkaitan dasar dan polisi kerajaan negeri Johor. Platform DMJ ini telah membuka peluang kepada tiga orang pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) iaitu Roshini, Soh Ren Chai dan Danial Iskandar Jafridin, yang telah dillantik sebagai DMJ untuk hadir sama ke Majlis Amanat YAB Menteri Besar Johor di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor pada 14 Jun 2022.

Beberapa pengumuman dalam ucapan dasar sulung Menteri Besar Johor, YAB Datuk Onn Hafiz boleh disifatkan sebagai satu langkah quick win bersifat pro rakyat. Inisiatif kelonggaran prosedur dalam pemilikan hartanah dan kajian semula cuti hujung minggu dilihat mampu memberi manfaat kepada Bangsa Johor.

Sementara itu, YAB Datuk Onn Hafiz turut menarik perhatian perwakilan yang hadir dengan memperkenalkan inisiatif “Maju Johor”, dalam usaha memastikan hasrat Johor menjadi negeri maju tercapai. Enam teras menjadi tunjang utama inisiatif “Maju Johor” iaitu Teras 1: Tadbir Urus Kerajaan, Teras 2: Pembangunan Ekonomi, Teras 3: Jaringan Keselamatan Sosial, Teras 4: Kemudahan Dan Keperluan Asas, Teras 5: Keselamatan, kebersihan, & Alam Sekitar , dan Teras 6: Orang Muda Johor (OMJ).

Beberapa isi penting inisiatif “Maju Johor” juga dilihat mampu menjadi game changer dalam tadbir urus kerajaan negeri Johor. Antaranya seperti kajian semula enakmen-enakmen lapuk (Teras 1), penguatkuasaan no gift policy (Teras 1), Johor sebagai fair state (Teras 3), program zero pothole (Teras 4), Johor Green Deal: penggunaan kereta elektrik (Teras 5) dan Sekolah Kepimpinan Orang Muda Johor (Teras 6).

Adalah menjadi harapan kami selaku generasi muda Bangsa Johor, agar inisiatif “Maju Johor” dapat dilaksanakan dan memberi manfaat kepada rakyat Johor tanpa mengira agama, kaum, dan ideologi politik. Semoga YAB Menteri Besar Johor dan pasukannya ditambah sokongan padu Bangsa Johor dapat merealisasikan visi ini, sekali gus hasrat menjadikan Johor sebagai negeri maju menjelang 2030 menjadi kenyataan.

Explore More