November 22, 2024

Search
Close this search box.
Pertemuan Majlis Tertinggi dengan Penasihat Program ViCE 4.0.

JOHOR BAHRU, 30 Apr. — Kelab UTM IET On Campus, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mencipta sejarah apabila cemerlang dalam melaksanakan program Virtual Capstone Experience 4.0 atau lebih dikenali sebagai ViCE 4.0 untuk kali keempat berturut-turut.

Program ini merupakan kesinambungan daripada ViCE 3.0 yang juga turut berjaya menaikkan nama UTM di pentas antarabangsa sebelum ini.

Buat pertama kali, ViCE 4.0 telah diperluaskan ke empat buah negara yang mana melibatkan peserta dan juga tenaga pelajar UTM dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dari Malaysia, Universiti Teknologi Brunei (UTB) dari Brunei Darussalam, Universitas Negeri Jakarta (UNJ) dari Indonesia dan juga King Mongkut’s University of Technology Thonburi  (KMUTT) dari Thailand.

“Program ini direka untuk memberi peluang kepada peserta dan juga tenaga pelajar berkongsi pengetahuan kejuruteraan dalam membangunkan dan mengurus projek ‘Capstone’ melalui perbincangan dalam talian dengan peserta dan pembantu pengajar dari negara yang berbeza.

Malah, peserta akan didedahkan dengan ‘real-based problem’ yang dihadapi oleh masyarakat tempatan di Malaysia dan juga di negara lain.

Bukan itu sahaja, peserta dan pembantu pengajar dapat meningkatkan pengetahuan tentang Internet of Things (IoT) berikutan Revolusi Industri 4.0.”

Virtual workshop on Blynk, Sensor and IoT dengan Dr Fauzan.
Virtual workshop on mobile apps & MIT App Inventor dengan Dr. Chan Weng Howe.

“Memandangkan pandemik yang melanda kini, program ini harus dijalankan sepenuhnya secara dalam talian.

Maka, ianya menjadi satu cabaran kepada krew dan penganjur untuk menyediakan kaedah yang terbaik bagi memastikan pihak universiti yang terlibat dapat memahami dan mendalami intipati aktiviti-aktiviti yang dijalankan” kata pengarah program ViCE 4.0, Angelica.

Seramai 27 mahasiswa/i dari 5 universiti ini telah menyertai program ViCE 4.0 iaitu UTM (5 pelajar), Universiti Teknologi Brunei (1 pelajar), Universitas Negeri Jakarta (10 pelajar), King Mongkut’s University of Technology Thonburi (10 pelajar) dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (1 pelajar) manakala sebanyak 14 pembantu pengajar terlibat dalam program ini dari pelbagai universiti.

‘Brainstorming session’ dengan En Shahidan dari Mimos Berhad.

Program ini juga dipimpin oleh wakil dari setiap universiti sebagai penasihat program. Antara pensyarah yang terlibat adalah Dr. Rashidah binti Arsat, Dr. Zaharah binti Johari, Dr. Mahyuddin bin Arsat, Dr. Fauzan Khairi Che Harun, Tuan Shahidan bin Abdullah dan Dr. Mohd Noor bin Abdullah dari Malaysia, Dr. Yuli Rahmawati dari Indonesia, Dr. Muhammad Norfauzi dari Brunei dan Dr. Tula Jutarosaga dari Thailand.

Selain daripada kolaborasi antara 5 universiti dalam dan luar negara, ViCE 4.0 juga dimeriahkan lagi dengan kerjasama antara beberapa kolaborasi lain untuk ‘interview session’ atau ‘industrial talk’. Antaranya adalah FELCRA Wilayah Johor, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), dan MARDI Johor yang telah bersama-sama ViCE 4.0 menjayakan ‘interview session’ ini.

Tambahan lagi, Top Glove Sdn Bhd, Gamuda IBS Sdn Bhd, Applus Malaysia Sdn Bhd, RunCloud Sdn Bhd serta Spirit Aerosystem Malaysia Sdn Bhd berjaya untuk sama-sama berganding bahu mengendalikan sesi ‘industrial talk’ yang diadakan secara berkala sepanjang progam ViCE 4.0 berlangsung.

Sesi perkongsian ini disiarkan secara langsung di Facebook UTM IET On Campus dan terbuka kepada semua orang awam. Program ini ditaja terutamanya oleh Top Glove Sdn Bhd, RunCloud Sdn Bhd and Ipsos Sdn Bhd.

Industrial Talk Top Glove
Industrial Talk RunCloud

Lanjutan daripada ‘interview session’ yang dijalankan secara maya daripada kolaborasi ini, para peserta dapat mendalami objektif dan isu yang perlu mereka kendalikan. Dari perspektif yang lain, peserta juga berjaya meraih info serta input positif menerusi sesi ini.

Antara impak terbesar adalah hubungan dua hala berjaya dibina sama ada secara langsung atau tidak langsung. Hal ini bukan sahaja tertumpu kepada peserta, malah memberi kesan kepada pembantu pengajar dan krew ViCE 4.0.

Sesi interview antara peserta dengan FELCRA Wilayah Johor.

Seiring dengan konsep Projek Capstone yang merupakan projek tahun akhir yang dimana projek ini akan memberi pendedahan dan melatih pelajar tahun 2 dan 3 di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) wajib bersedia untuk mengambil FYP atau projek sarjana muda pada tahun akhir mereka nanti.

ViCE 4.0 telah berjaya menerapkan dan memberi pendedahan awal kepada para peserta tentang konsep dan aturan yang inovatif dan kreatif.

Antara pendedahan yang diberikan termasuk Automatic Water Management, Soil Humidity Sensor, Smart Monitoring Plant System, Smart Soil System, dan Soil Humidity Sensor.

Secara keseluruhannya, ViCE 4.0 telah mencapai objektif dan sasaran program dengan jayanya.

Semoga program ini dapat menghasilkan pencapaian yang lebih tinggi dan dapat menjalankan secara fizikal pada masa depan.

Explore More