JOHOR BAHRU, 2 Mei – Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah telah berkenan mengurniakan sebanyak 400 juadah makanan sempena sambutan Aidilfiri kepada pelajar antarabangsa dan warga kerja (petugas masjid dan anggota keselamatan) Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Kurniaan menerusi Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor (YRZSNJ) telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Hishamuddin Abd. Rahim.
Sumbangan ini dibuat bagi menimbulkan semangat keceriaan kepada mahasiswa antarabangsa yang tidak dapat pulang ke negara masing-masing bagi menyambut Aidilfitri di samping menunjukkan rasa prihatin kepada kakitangan yang bertugas pada Hari Raya .
Sumbangan makanan disampaikan di Pentas Dataran U4, Kolej Perdana UTM pada 1 Syawal yang lalu.
Diharapkan semoga sumbangan ini dapat memberikan sedikit keceriaan kepada mahasiswa antarabangsa dan juga warga kerja yang bertugas sepanjang sambutan Aidilfitri tahun 2022 ini.