April 29, 2024

Search
Close this search box.

Peka Terhadap Keselamatan Pelajar dan Staf, HEP UTM KL Anjur Bengkel Kesedaran OSHE & Majlis Iftar staf

KUALA LUMPUR, 26 Apr. – Pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP) UTM Kuala Lumpur telah mengadakan Bengkel Kesedaran OSHE dan Majlis Iftar Staf pada 26 April 2022 bersamaan dengan 24 Ramadan 1443 Tahun Masihi di Dewan Tan Sri Ainudin Wahid dan Dewan Jumaah UTM Kuala Lumpur.

Program ini telah dirasmikan oleh Pengarah Hal Ehwal Pelajar UTM Kuala Lumpur, Prof. Ir. Rs. Dr. Aminudin bin Haji Abu. Aturcara majlis dimulakan dengan pendaftaran peserta Bengkel Kesedaran OSHE pada jam 8.30 pagi.

Penyertaan terdiri daripada staf HEP UTM Kuala Lumpur yang secara langsung terlibat dengan aktiviti dan kebajikan pelajar.

Kumpulan sokongan ini sebenarnya yang banyak berhadapan dengan keselamatan terutama ketika beraktiviti bersama pelajar.

Taklimat dari OSHE telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah OSHE, Prof. Madya Ts. Dr. Sa’ardin bin Abdul Aziz.

Penerangan terhadap keselamatan semasa bertugas amat jelas, pihak OSHE juga telah menerangkan kepada staf tentang cara-cara untuk mengelak terjadinya kemalangan di tempat kerja.

Untuk program yang melibatkan pelajar, pihak pejabat OSHE telah menyarankan pihak HEP untuk merancang program-program bersama pelajar dengan berkala untuk mengelakkan sebarang kesulitan berlaku pada masa akan datang.

Pada sebelah petang pula, majlis diteruskan dengan gotong-royong penyediaan juadah iftar Pejabat Hal Ehwal Pelajar. Gotong royong tersebut secara tidak langsung memberi peluang bersilahturrahim bersama semua staf di HEP UTM Kuala Lumpur.

Explore More