April 27, 2024

Search
Close this search box.

Kolej Tun Dr. Ismail Sport & E-games atau lebih dikenali sebagai SEGA merupakan sebuah program tahunan yang merupakan antara program yang berjaya di KTDI.

Tujuan utama program ini dijalankan adalah untuk memberi peluang kepada para pelajar untuk melibatkan diri dalam  aktiviti sukan bagi memupuk semangat kesukanan. SEGA juga merupakan salah satu program yang paling ditunggu-tunggu oleh atlet dan peminat sukan yang menginap di KTDI kerana program ini menawarkan pelbagai jenis sukan yang dapat disertai oleh mereka bagi mengisi masa lapang.

SEGA’22 pada tahun ini juga dilaksanakan secara dalam talian dan telah dirasmikan oleh En Armadi bin Ahmad selaku Pemangku Pengarah, Pusat Kecemerlangan Sukan, Jabatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar).

Logo rasmi yang telah digunakan dalam program SEGA’22 anjuran Jawatankuasa Kolej Mahasiswa, Kolej Tun Dr. Ismail (JKM KTDI) pada sesi kali ini menggunakan lakaran gajah berwarna kelabu berlatar belakangkan warna biru tua dan jingga dengan disertakan perkataan KTDI SEGA’22. Lakaran gajah di dalam logo SEGA KTDI 2022 melambangkan maskot rasmi Kolej Tun Dr. Ismail yang diberi nama Tok Gajah.

Warna biru tua dan jingga pada lakaran tersebut merupakan warna tema rasmi program SEGA pada kali ini manakala perkataan KTDI merupakan akronim bagi Kolej Tun Dr. Ismail. Sejarah SEGA  bermula apabila pertama kali dianjurkan pada tahun 2018 oleh Jawatankuasa Kolej Mahasiswa, Kolej Tun Dr. Ismail (JKM KTDI) pada sesi 2017/2018 yang bermula pada 13 April 2018 sehingga 15 April 2018 di mana pengetua yang bertugas pada pertama kalinya SEGA dianjurkan adalah Lt. Prof. Madya Dr. Sulaiman bin Kadikon.

Selain aktiviti ‘Virtual Run’, ‘Virtual Jump Rope’ dan ‘Tik Tok Challenge’, pertandingan sukan atas talian, ‘E-Games’ juga telah dianjurkan antaranya ‘Mobile Legend’, ‘PUBG’ dan ‘Valorant’.

Dalam pada kita dapat mengisi masa lapang, aktiviti ini juga dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi antara peserta dan juga dapat mengasah kreativiti serta kemahiran berfikir para pelajar.

Kebanyakan peserta SEGA ini adalah dalam kalangan pelajar dan program ini juga menggalakkan mereka untuk melibatkan diri dalam sukan yang dianjurkan kerana ia  merupakan salah satu initiatif bagi menghilangkan dan mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh pelajar dalam situasi pembelajaran dalam talian ini.

Aktiviti-aktiviti yang dianjurkan juga dapat mengalihkan pandangan pelajar daripada pembelajaran untuk seketika.

Antara kebaikan SEGA adalaah dapat menyihatkan tubuh badan dari segi fizikal dan mental. Kesihatan fizikal dan mental perlulah diambil perhatian lebih kerana ia amat penting bagi setiap individu lebih-lebih lagi dalam situasi COVID 19 yang tidak menentu kini. Terdapat pelbagai aktiviti fizikal yang dirancang oleh Biro Sukan Dan Kebudayaan antaranya ‘Virtual Run’, ‘Virtual Jump Rope’, serta ‘Tik Tok Challenge’ yang dapat disertai oleh pelajar.

Terdapat juga sesi perkongsian ilmu mengenai Jump Rope bersama pemain Jump Rope Malaysia dimana program ini dapat memberi motivasi kepada individu untuk bertanding dalam masa yang sama dapat bersenam secara fizikal serta dapat menjamin kesihatan diri dan kecerdasan minda kerana aktiviti ini melibatkan penggunaan fizikal dan juga mental mereka. Seperti yang kita sedia tahu, bersukan adalah langkah yang terbaik untuk mengelakkan diri daripada penyakit yang yang berbahaya.

Di samping itu, kebaikan penganjuran SEGA’22 juga dapat dijadikan titik loncatan bagi perkembangan SEGA KTDI kerana SEGA’22 pada tahun ini masih dilakukan secara atas talian dan ia telah berjaya menarik minat pihak pelajar dari universiti-universiti lain untuk menyertai acara yang kita anjurkan seperti E-Games yang terdiri daripada Mobile Legends, PUBG dan Valorant. Besar kemungkinan, mereka akan sentiasa menantikan perkembangan pihak SEGA KTDI pada tahun-tahun yang akan datang.

Dalam mendepani arus modenisasi, SEGA KTDI berpeluang untuk menjadi sebuah program yang bertaraf kebangsaan kerana bidang e-sukan semakin meluas seantero dunia. Dapat kita lihat bahawa pelbagai pertandingan yang diadakan bagi setiap jenis permainan tidak kira sama ada menggunakan telefon pintar mahupun komputer. Pertandingan-pertandingan ini bukan sahaja diadakan di peringkat antarabangsa malah ia juga diadakan di peringkat sekolah dan universiti. Perkara ini telah memberikan impak yang positif terhadap pembangunan modal insan di negara kita Malaysia. Semoga SEGA KTDI dapat diadakan dengan lebih hebat pada masa akan datang.

Kesimpulannya, SEGA’22 yang dianjurkan kali ini berjaya memberi kesan dan impak yang besar  kepada para pelajar dengan penglibatan mereka di dalam bidang sukan secara fizikal mahupun sukan secara atas talian seperti E-Games, Tik Tok Challenge, Virtual Run dan Virtual Jump Rope serta pendedahan mengenai sukan tali seperti Jump Rope Sharing Session amat membantu dalam mendidik diri para pelajar tentang jenis sukan yang boleh mereka terokai.

Program ini telah mendapat sejumlah 592 orang peserta yang terdiri daripada pelajar KTDI dan pelajar UTM secara umum serta peserta daripada kalangan pelajar Universiti Awam dan Politeknik yang turut sama menyertai SEGA’22 kali ini.

Ianya juga diharapkan agar program SEGA akan kembali dengan pelbagai aktiviti menarik serta dapat dijalankan secara bersemuka supaya dapat menjalinkan ikatan silaturrahim antara peserta, krew dan staf di KTDI.

Explore More