November 25, 2024

Search
Close this search box.

Sebanyak Lima Agenda Perdana versi 2.0 telah direncanakan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) untuk menjayakan Wawasan enVision 2025 universiti itu pada masa hadapan.

Lima Agenda Perdana versi 2.0 ini juga kini giat dipromosikan sebagai garis panduan kepada warga universiti menjalankan tugasan harian sempena ulangtahun ke-50 kewujudan UTM di Malaysia.

Naib Canselor UTM, Prof. Ts Datuk Dr Ahmad Fauzi Ismail berkata Lima Agenda Utama 2.0 ini adalah Sistem Penyampaian Berkualiti Tinggi (HQD), Pemerkasaan Bidang Tujahan, Pengukuhan Tugasan Hakiki, Kolaborasi yang Praktikal dan Pemerkasaan Kerjasama Industri dan Masyarakat.

Beliau berkata demikian semasa sesi wawancara bersama media yang berlangsung di pejabatnya sempena Program Sambutan Ulangtahun ke-50 UTM yang berlangsung pada 14 Mac 2022.

Bersempena itu juga sebuah buku berjudul LIMA AGENDA PERDANA Memperkasa Komitmen Memacu Kecemerlangan hasil tulisan beliau turut dirasmikan oleh DYMM Permaisuri Johor semasa Majlis Pelancaran UTM ke-50 Tahun.

Buku ini telah digarap dengan menggunakan bahasa yang mudah bagi memastikan lima agenda perdana yang ingin disampaikan dapat difahami dan dihayati dengan baik oleh khalayak pembaca, khususnya seluruh warga Universiti.

“Transisi peralihan bagi pelan strategik universiti daripada Pelan Global Universiti 2012-2020 kepada enVision UTM 2025 iaitu pelan perancangan strategik universiti sehingga tahun 2025 berjalan dengan jayanya sehingga kini.

Naib Canselor UTM, Prof. Ts Datuk Dr Ahmad Fauzi Ismail

“Agenda pertama adalah Penyampaian Perkhidmatan Berkualiti Tinggi atau HQD.  Melalui ekosistem Tadbir Urus (Governan) UTM yang baik, tenaga kerja yang kompeten serta disokong oleh sistem digitalisasi dan automasi yang mantap akan menyerlahkan prestasi dan dipandang tinggi oleh pelbagai pemegang taruh dan masyarakat,” katanya lagi.

Agenda kedua pula ialah Pengukuhan Tugasan Hakiki yang lebih menjurus kepada komitmen terhadap tugasan akademik dan penyelidikan. 

“Golongan akademia di UTM sentiasa bersedia untuk menggerakkan lanskap pendidikan tinggi yang fleksibel dan inklusif dengan memberikan tumpuan kepada pembangunan mahasiswa yang holistik, seimbang, berdaya tahan dan mempunyai sahsiah diri supaya dapat memacu pembangunan negara yang lebih mampan.

“Adalah tidak menghairankan bahawa sekiranya kualiti graduan yang dikeluarkan adalah berkualiti maka kebolehpasaran graduan UTM sentiasa tinggi,” katanya lagi.

Agenda Ketiga adalah Pemerkasaan Bidang Tujahan (Kepakaran) menerusi pengukuhan inisiatif rentas disiplin dalam aktiviti penyelidikan dalam usaha mewujudkan ekosistem kerjasama bersifat sinergi pelbagai bidang di UTM.

“Perancangan yang keempat adalah Pengukuhan Kerjasama Industri dan Masyarakat yang akan terus diperkasakan melalui inisiatif pemindahan ilmu sains, teknologi, kejuruteraan serta sains sosial.

Berharga hanya RM25.00 senaskah, buku ini boleh didapatkan di UTMart (kedai Universiti yang baharu dibuka), Foyer Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim, UTMJB. Pertanyaan dan tempahan sila hubungi 012-7721037 / 019-5031043.

“Pelbagai program komuniti berimpak tinggi telah mendapat pengiktirafan yang membanggakan seperti Program Bangsa Johor Bahagia di bawah Yayasan Zarith Sofiah telah berjaya dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Pencapaian Perancangan oleh Persatuan Perancang Komanwel (CAP),” katanya lagi.

“Kita juga sedang hangat mempromosikan budaya UTM pasca 50 tahun iaitu Kelajuan (Speed), Kerjasama (Collaboration) dan Ketahanan (Resilience) bagi menimbulkan semangat jati diri dalam setiap warga universiti ini.

Agenda kelima adalah Kerjasama Global yang praktikal dan berimpak tinggi serta memperkasa penjenamaan dan keterlihatan UTM selari dengan strategi korporat yang bakal membawa universiti ini kehadapan.

“Ketiga-tiga sifat ini melambangkan identiti diri kita dan jika semua ini dapat dipraktikkan oleh warga UTM maka saya yakin 50 tahun yang akan datang universiti ini akan terus bertapak dengan jayanya di dalam peta akademik global,” katanya mengakhiri perbualan.

Explore More