September 21, 2024

Search
Close this search box.

Laporan Pertandingan Reka Bentuk Logo Sempena 100 Tahun Profesion Perancang Bandar

Pada 20 Oktober 2021 hingga 21 November 2021, Persatuan Mahasiswa Perancangan Bandar dan Wilayah (PEWIBAWA) UTM telah menganjurkan Pertandingan Reka Bentuk Logo Sempena 100 Tahun Profesion Perancang Bandar .

Program ini melibatkan semua pelajar perancangan bandar di Fakulti Alam Bina dan Ukur, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) manakala pertandingan ialah Prof Madya. TPr Dr. Hairul Nizam Bin Ismail, Pengarah Perancangan Bandar & dan Wilayah, Fakulti Alam Bina Ukur, UTM dan turut disertai oleh Dr Noor Aimran Bin Samsudin dan  Prof. Madya TPr. Dr. Hamid Bin Saad, Pensyarah Perancangan Bandar dan Wilayah.

Program yang dijalankan secara dalam talian menggunakan platform Google Form di mana peserta menyerahkan reka logo mereka bagi tujuan penilaian.

Perancangan Bandar 100 Tahun merupakan acara penting untuk meraikan profesion perancang bandar selama 100 tahun.

Bagi meraikan majlis ini, PLANMalaysia mengadakan banyak acara seperti PLANMalaysia CityTalk, pertandingan Logo dan lain-lain.

Oleh itu, Persatuan Mahasiswa Perancang Bandar Dan Wilayah (PEWIBAWA) mengambil inisiatif menyokong acara 100 Tahun Perancang Bandar ini dengan mengadakan pelbagai acara bertujuan untuk menyebarkan informasi berkenaan perancangan bandar kepada pelajar khususnya dengan orang ramai agar dapat mengenali profesion perancangan bandar dengan lebih mendalam.

Selain itu, ia juga bertujuan untuk memberi penghargaan  dan  pengiktirafan rasmi kepada pelajar atas idea kreatif dan inovatif mereka bagi menghasilkan logo serta untuk menyemarakkan lagi sambutan 100 Tahun profesion Perancang Bandar.
Tangkapan Skrin di atas menunjukkan pemenang Pertandingan Reka Bentuk Logo Sempena 100 Tahun Profesion Perancang Bandar Anjuran PEWIBAWA UTM

Explore More