April 30, 2024

Search
Close this search box.

Penulis bersama: Noor Farisya binti Amir

Johor Bahru, Januari 29 – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) melalui Kursus Budi Penyayang, Pusat Akademik dan Pengalaman Pembelajaran (CAEL) dengan kerjasama Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSH) UTM, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), Ranhil SAJ Sdn. Bhd, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Persatuan Forum Wira Air SPAN, telah mengadakan program Webinar Jimat Air Dan Menang untuk memberi kesedaran kepada orang awam akan pentingnya nilai air dalam kehidupan seharian serta mendidik masyarakat berkenaan kaedah-kaedah penjimatan air yang praktikal.

Program ini diadakan secara dalam talian di Facebook rasmi Iskandar Puteri Rendah Karbon dan melibatkan komuniti awam terutamanya penduduk di kawasan Iskandar Puteri.

Antara topik yang disampaikan sepanjang webinar yang bersiaran selama 3 jam adalah “Rahsia Jimat Air Di Rumah” disampaikan oleh Cik Muqrisya binti Mohd Noor, “ Bil Air Anda, Apa Yang Anda Perlu Tahu?” oleh Encik Mohd Shafiq bin Mohd Saufi daripada Jabatan Pengurusan Pelanggan Ranhill SAJ Sdn. Bhd dan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Perlindungan Pengguna SPAN iaitu En. Shahir Adnan, berkongsi tajuk beliau iaitu “Save Water Save Life”.

Program ini mendapat 97 perkongsian dan tontonan sebanyak 1.2K. Sesi webinar yang menarik daripada ahli-ahli panel tersebut telah mendapat sambutan yang baik dengan pelbagai soalan-soalan telah ditujukan oleh penonton.

Cabutan bertuah untuk 9 pemenang bertuah juga telah diadakan sepanjang program berlangsung untuk menarik minat penonton terutamanya komuniti Iskandar Puteri.

Selain itu, cabaran kuiz minda melalui google meet dan aplikasi Kahoot juga telah diadakan selepas berakhirnya sesi webinar di live facebook Iskandar Puteri Rendah Karbon.

Permainan tersebut menawarkan hadiah utama iaitu 3 unit Mesin Basuh Cekap Air jenama Midea serta pelbagai barangan.

Seramai 80 peserta mengambil bahagian dan keputusan pemenang telah diumumkan pada 15 Februari 2022 melalui laman facebook Iskandar Puteri Rendah Karbon.

Salah seorang peserta webinar, Puan Marlinda binti Mohamed merasakan program sebegini sewajarnya diadakan dengan lebih kerap agar ianya memberi ilmu pengetahuan kepada semua tentang pentingnya penjimatan air dlm rutin harian.

Explore More