April 28, 2024

Search
Close this search box.
Majlis Pelancaran Pembukaan Makmal Komuniti Semporna

SEMPORNA, 25 Nov. – Universiti Teknologi Malaysia(UTM) melalui Institut Siswazah Tersedia Kehidupan (UTM iLeaGue) telah mengorak langkah dalam usaha pemindahan ilmu dan teknologi dengan memperkenalkan konsep Makmal Komuniti dalam jaringan komuniti dan industri.

Terbaharu, UTM telah melancarkan Pembukaan Makmal Komuniti Semporna yang telah dirasmikan oleh YB Datuk Jahid Jahim, Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah di Dewan Masyarakat Semporna, Sabah.

Makmal Komuniti Semporna juga merupakan salah satu pencapaian Pelan Strategik enVision 2025 di bawah teras strategik Pengembangan Institusi Menerusi Kebitaraan yang Unik dan Khusus untuk Kelestarian Jangka Panjang.

Projek yang dilaksanakan sejak 2019 oleh Pengarah UTM iLeaGue Kuala Lumpur, Prof. Madya Ts. Dr. Asnul Dahar Minghat bersama rakan kolaborasi, Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Institut Perguruan Kampus Tawau (IPGKT), Sabah.

Pemindahan ilmu dan pemindahan teknologi yang diperkenal melalui aktiviti pembelajaran servis (service learning) ini diharap dapat membantu mempertingkatkan taraf hidup dan sosioekonomi dalam silang budaya yang pelbagai di Semporna.

Tapak asal Makmal Komuniti Semporna bertempat di Dewan Bengkel Kraftangan Kampung Seraya, Semporna Sabah.

Ucapan Perasmian Pembukaan Makmal Komuniti Semporna oleh YB Menteri Pembangunan Luar Sabah
Gimik Perasmian

Majlis berkenaan turut diiringi dengan sesi menandatangani Letter of Collaboration (LoC) dalam tempoh tiga tahun antara UTM yang diwakili oleh Institut Siswazah Tersedia Kehidupan (UTM iLeaGue) dan Pejabat Daerah Semporna telah ditandatangani oleh YBrs. Prof. Dr. Mohd Shafry Mohd Rahim, Pengerusi UTM iLeaGue dengan Pegawai Daerah Semporna, Tuan Juraimin Hj Jadil disaksikan oleh YB Menteri dan Pengarah UTM iLeaGue Kuala Lumpur.

Melalui LoC tersebut, UTM iLeaGue akan meneruskan perancangan aktiviti pembelajaran servis (service learning) kepada masyarakat Semporna sehingga 2023 seperti yang dinyatakan dalam LoC dengan penglibatan secara langsung agensi kerajaan, industri dan komuniti.

Bidang kerjasama lain yang terlibat adalah Penyelidikan, Inovasi Sosial dan Projek Komuniti, Program Seminar dan Bengkel, Latihan dan Pembangunan Insaniah serta lain-lain bidang yang berkaitan yang dipersetujui bersama.

Sesi tandatangan Letter of Collaboration (LoC)
Penyerahan LoC kedua-dua belah pihak

Hadir bersama dalam majlis pelancaran ini ialah Pengarah Pusat Akademik dan Pengalaman Pembelajaran (CAEL), Prof. Ts. Dr. Intan Zaurah Mat Darus.

Ucapan Aluan disampaikan oleh Pengarah UTM iLeaGue Kuala Lumpur, Prof. Madya Dr. Asnul Dahar Minghat

Wakil dari UTM yang turut terlibat dalam majlis ini adalah Prof. Madya Ts. Ir. Dr. Syuhaida Ismail, Ts. Dr. Mohd Zamri Ramli, Ts. Dr. Mariyana Aida Ab Kadir, Ts. Mohd Nur Asmawisham Alel, Ts. Mohd Hazri Ishak, Puan Nurul Diana Kayat, Encik Kamarul Arifin Hassan, Encik Mohd Azsuan Mohd Yaacob, Encik Muhammad Ridzuan Abd Razak dan Encik Amirul Husni Shaarin dengan kehadiran seramai 245 orang jemputan mengikut SOP yang dibenarkan.

Explore More