November 22, 2024

Search
Close this search box.

Yayasan Tunku Abdul Rahman Sumbang 20 Komputer Riba kepada Pelajar UTM

Seramai 20 pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang terdiri daripada golongan B40 menerima komputer riba sumbangan Yayasan Tunku Abdul Rahman (YTAR) dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Misi Penghantaran dilaksanakan oleh Jabatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) pada 9-10 Julai 2021 melibatkan pasukan terdiri dari 9 kakitangan.

Penyelaras Misi Penghantaran, Nor Sita Zakirai berkata sumbangan ini mensasarkan pelajar UTM yang kurang bernasib baik terutama yang terkesan kerana pandemik ini agar pembelajaran mereka dapat diteruskan dengan sebaiknya.

“Komputer riba itu diberi khusus untuk kegunaan pelajar bagi mengikuti kuliah yang dijalankan secara pembelajaran terbuka secara jarak jauh atau Open Distance Learning (ODL) yang dilaksanakan di semua institusi pengajian tinggi ketika ini,”tambahnya lagi.

Muhamad Danial Arif Kamarudin dari Kg. Hutan Pasir, Ketereh, Kelantan berterima kasih atas bantuan ini yang sangat penting bagi beliau.

Pelajar jurusan Pendidikan (Sains Sukan) berjanji akan memanfaatkan komputer riba ini sebaik mungkin.

Bagi pelajar tahun 1 Sarjana Muda Pengurusan (Pemasaran), Roshaiza Mohd Ghani pula, komputer riba baharu itu akan melancarkan lagi pembelajarannya secara atas talian.

Selain komputer riba, kesemua penerima juga turut dibekalkan dengan tajaan pelan data untuk tempoh setahun bernilai RM600.

UTM mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Yayasan atas sumbangan ini.

Explore More