April 28, 2024

Search
Close this search box.

Program Bulan Kebangsaan Jabatan TNCHEP Tawar Hadiah Keseluruhan Bernilai RM12,000

Bersempena dengan Bulan Kebangsaan yang ke-64 tahun, Bahagian Aktiviti dan Pembangunan Pelajar, Jabatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) (TNCHEP) dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Organisasi, Jabatan Pendaftar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menganjurkan program-program menarik yang menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM 12,000.00.

Antara program terlibat ialah Pertandingan Video Pakaian Tradisional & Kreatif Tema Kemerdekaan, Pertandingan e-Pantun Tema Kemerdekaan Generasi Muda, Pertandingan Digital Poster Tema Kemerdekaan dan Pertandingan Poster Tradisional Tema Kemerdekaan.

Selain itu, Konsert Merdeka dan Kebudayaan dalam Talian peringkat UTM juga bakal menampilkan bakat-bakat pelajar UTM yang berbilang kaum dan bangsa.

Pengarah Pembangunan & Aktiviti Pelajar, Prof. Madya Dr. Azlan Abdul Latib berkata antara objektif pertandingan ialah memupuk semangat dan sifat patriotik dalam kalangan mahasiswa UTM yang berbilang kaum, mengasah bakat dan kreativiti pelajar dan staf dan memupuk semangat cinta akan negara dikalangan warga UTM.

Menurutnya lagi, penyertaan untuk peraduan itu adalah percuma dan terbuka kepada semua pelajar dan staf UTM.

Tarikh penyertaan dibuka adalah pada 23 Ogos 2021 (Isnin) dan tarikh tutup penyertaan adalah pada 10 Sept 2021 (Ahad) jam 5.00 petang.

Setiap karya yang dipertandingkan hendaklah hasil peserta sendiri dan tidak boleh meniru daripada mana-mana karya sama ada daripada bahan cetakan ataupun media elektronik/sosial.

Peserta juga bebas menghasilkan karya bertemakan Malaysia Prihatin dan tidak boleh menyinggung mana-mana sentimen perkauman dan juga politik.

Explore More