November 25, 2024

Search
Close this search box.

JHB Tungkus-Lumus Untuk Persiapan Infrastuktur PRZS Sebagai PPV IPT Integrasi UTM

Pusat Pemberian Vaksin (PPV) kategori Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) Integrasi Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang bertempat di Dewan Perpustakaan Raja Zarith Sofiah (PRZS), UTM kampus Johor Bahru telah mula beroperasi setiap hari bermula jam 8:00 pagi hingga 9:00 malam dengan kapasiti kira-kira 1,500 dos vaksin sehari sejak 19 Julai sehingga 31 Oktober 2021.

Petugas dari JHB memasang Signboard Pusat Pemberian Vaksin Institut Pendidikan Tinggi Integrasi UTM (Universiti Teknologi Malaysia) yang dibuat secara inhouse.
Di bawah penyelarasan Jawatatankuasa Kerja Pengurusan PPV, pasukan teknikal dari Jabatan Harta Bina (JHB) telah diberi kepercayaan untuk melaksanakan kerja-kerja pembaikan dan pembersihan bangunan bangunan bagi menyediakan kemudahan fasiliti yang baik untuk menjadikan PRZS UTM sebagai salah satu PPV kategori IPT Integrasi di Johor
Antara kerja-kerja pembaikan yang dilaksanakan adalah melibatkan kerja-kerja pembinaan baharu laluan pejalan kaki tambahan dari blok T05 ke PRZS, kerja pembaikan siling, kerja mengecat, pembaikan tandas, pendawaian sementara sistem elektrik, pelampuan dalam dan luar bangunan termasuk lampu jalan serta kawasan parkir kenderaan.
Penanaman tumbuhan hiasan bunga, tambahan tong sampah, kerja-kerja pembersihan dan pencucian dalam bangunan juga dilaksanakan bagi memastikan keselesaan dan keceriaan di dalam bangunan.
Kerja-kerja pembaikan segera dan pembersihan bangunan yang dilaksanakan secara dalaman (in-house) oleh pasukan kerja staf JHB sendiri telah selesai pada 15 Julai 2021.
JHB memastikan kebersihan persekitaran PPV dan pencahayaan waktu malam berfungsi dengan baik bagi keselesaan dan keselamatan penerima vaksin.

Explore More