November 27, 2024

Search
Close this search box.

UTM Dilantik sebagai PPV IPT Integrasi, Beroperasi 19 Julai

JOHOR BAHRU, 13 Jul. — Universiti Teknologi Malaysia (UTM) kampus Johor Bahru bakal dijadikan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dan akan beroperasi menjelang 19 Julai depan hingga 31 Oktober 2021.

Bertempat di Dewan Perpustakaan Raja Zarith Sofiah (PRZS), UTM akan menjadi salah satu PPV kategori Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Integrasi di selatan tanah air.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Pengurusan PPV UTM, Encik Abdul Razib bin Hj Shahuddin, Pendaftar UTM berkata, UTM sentiasa menyokong usaha kerajaan dalam memainkan peranan penting untuk memutuskan pandemik Covid-19.

“Bagi menyokong inisiatif ini, UTM telah menubuhkan sebuah jawatankuasa khas yang diwakili oleh pelbagai Pusat Tanggungjawab (PTJ) dalam UTM dan kerjasama dengan Pejabat Daerah Kulai dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor (SUKJ) untuk memastikan kesemuanya berjalan lancar. 

PPV ini akan dijangka akan beroperasi setiap hari bermula jam 8:00 pagi hingga 9:00 malam dengan kapasiti kira-kira 1,500 dos vaksin sehari,” kata beliau.

Menurut beliau lagi, warga UTM yang terdiri daripada pelajar dan staf turut tidak ketinggalan terlibat sama menjadi sukarela bagi membantu Kementerian Kesihatan Malaysia dan semua pihak lain yang terlibat dengan jumlah kakitangan operasi PPV seramai kira-kira 146 orang.

“Dengan pewujudan PPV IPT Integrasi tersebut, ianya diharap dapat membantu kerajaan bagi meningkatkan imuniti kelompok terutamanya di daerah Kulai dan Johor Bahru.

Ia juga diharap dapat membantu mencapai sasaran 80 peratus rakyat divaksin dan seterusnya memutuskan rantai pandemik Covid-19 yang telah melanda negara sejak sekian lama,” akhiri beliau.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Pengurusan PPV UTM, Encik Abdul Razib bin Hj Shahuddin, Pendaftar UTM semasa sesi taklimat
Bakal penerima vaksin akan melalui Kaunter Saringan, Pendaftaran serta Konsultasi sebelum divaksin
Sesi konsultasi bersama petugas Kesihatan

Explore More