November 26, 2024

Search
Close this search box.

Disediakan oleh: Khairull Azmi bin Ishak (Timbalan Pendaftar FSSH)

JOHOR BAHRU, 2 Julai 2021 – Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaaan (FSSK) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah memberikan sumbangan berbentuk makanan dan pakaian kepada komuniti Pusat Kuarantin Rawatan COVID-19 (PKRC) Pasir Gudang.

Ditemui selepas majlis penyerahan sumbangan itu, Timbalan Dekan (Penyelidikan, Inovasi dan Pembangunan) FSSK, Prof. Madya Dr Mohd Fauzi Abu@Husin yang mewakili fakulti itu berkata sumbangan yang diberikan adalah berupa makanan, minuman, pakaian dan juga sabun pencuci.

“Sumbangan ini dibiayai hasil sumbangan tabung khas yang ditubuhkan bagi mengutip derma dari kakitangan fakulti.  Pemberian ikhlas ini juga adalah tanda sokongan moral dari FSSK khasnya dan UTM amnya kepada pesakit yang sedang menjalani proses rawatan akibat jangkitan COVID-19 di situ.

Tidak ketinggalan juga ucapan penghargaan yang tidak terhingga yang ditujukan kepada semua petugas barisan hadapan dan juga sukarelawan yang bertugas sepanjang masa demi memastikan pandemik ini dapat dikawal sepenuhnya,” katanya lagi.

Sumbangan telah diserahkan kepada Pegawai Penyelaras Ihsan Johor, Khairulnizam Mahamad yang bertanggungjawap mengagihkan pelbagai sumbangan yang diberikan untuk kegunaan warga pesakit dan juga petugas barisan hadapan di PKRC Pasir Gudang tersebut.

Sementara itu Khairulnizam bagi pihak Ihsan Johor pula mengucapkan jutaan terima kasih diatas keprihatinan yang ditunjukkan warga FSSH dalam perjuangan memerangi virus berbahaya ini.

“Sesungguhnya sumbangan seperti ini sangat diharapkan bagi menyampaikan pesanan kepada semua penghuni PKRC ini bahawa mereka senantiasa diingati oleh masyarakat sekitar ketika menghadapi dugaan dijangkiti virus berbahaya ini.

“Untuk makluman, ketika ini seramai 500 orang berada di PKRC Pasir Gudang dengan 80 daripadanya adalah wanita,” katanya mengakhiri perbualan.

Turut menghadiri majlis adalah Timbalan Pendaftar Kanan FSSK, Khairull Azmi Ishak dan juga beberapa kakitangan fakulti yang lain.

Dari kiri, Pegawai Penyelaras Ihsan Johor, Khairulnizam Mahamad, Timbalan Pendaftar Kanan FSSK, Khairull Azmi Ishak dan juga Timbalan Dekan (Penyelidikan, Inovasi dan Pembangunan) FSSK, Prof. Madya Dr Mohd Fauzi Abu@Husin selepas menyampaikan sumbangan di PKRC Pasir Gudang, Johor.

Explore More