November 24, 2024

Search
Close this search box.

 

Dr. Zaini dan Prof. Nutbeam menandatangani dokumen pejanjian.

JOHOR BAHRU, 7 Mac: Universiti Southampton, United Kingdom memilih Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bagi mengadakan kerjasama dalam bidang kejuruteraan apabila kampusnya di Iskandar Malaysia mula beroperasi tidak lama lagi.

Naib Canselor UTM, Datuk Prof. Dr. Zaini Ujang berkata, bidang kerjasama meliputi penyelidikandalam bidang kejuruteraan mekanikal, petroleum dan tenaga diperbaharui dan sains.

Menurutnya, dua belah pihak juga akan mengadakan program pertukaran staf, pelajar, penyeliaan pelajar pasca siswazah, perkongsian fasiliti UTM oleh Universiti Southampton dan menganjurkan kursus pendek dan profesional.

“Pemilihan UTM dibuat selepas pengurusan tertinggi Universiti Southampton yang mengadakan lawatan ke UTM pada tahun 2011 dan Janauri 2012 berpuas hati dengan kemudahan makmal dan penyelidikan yang bertaraf dunia.

“Selain itu, UTM memiliki ramai staf akademik yang berkelulusan Doktor Falsafah (PhD) dan menjadi universiti yang paling banyak menghasilkan graduan pasca siswazah dalam bidang teknologi dan kejuruteraan di negara ini,” katanya selepas menandatangani dokumen perjanjian dengan rakan sejawatnya dari Universiti Southampton, Profesor Don Nutbeam.

Dr. Zaini berkata, Universiti Southampton dan UTM bersetuju untuk mengadakan program penyeliaan bersama seramai empat orang mahasiswa setiap tahun dalam bidang kejuruteraan dan sains.

Kerjasama itu membolehkan mahasiswa pasca siswazah UTM menimba pengalaman menerusi program sangkutan di kampus utama universiti berkenaan United Kingdom.

“Universiti Southampton adalah sebuah pusat pengajian tinggi yang memberi penekanan dalam bidang penyelidikan yang menjadi salah satu sumber pendapatan yang terbesar di Britain.

“Di samping itu, pelajar Universiti Southampton di Educity, Iskandar Malaysia berpeluang menggunakan kemudahan dan menjalankan penyelidikan bersama di UTM di peringkat Sarjana atau PhD,” katanya.

Beliau berkata, kerjasama dengan universiti terkemuka dari luar negara mampu meningkatkan reputasi UTM di persada antarabangsa selaras dengan hasrat untuk menjadi universiti terkemuka dunia.

Sementara itu, Profesor Nutbeam berkata, pihaknya akan mengambil seramai 50 mahasiswa baru bagi memulakan pengajian di peringkat pasca siswazah di kampus baru di Iskandar Malaysia.

Katanya, tenaga pengajar universiti berkenaan terdiri daripada kakitangan akademik yang dibawa dari United Kingdom dan sebahagiannya pula adalah warga tempatan yang berkelayakan.

“Selain menggunakan kemudahan penyelidikan di UTM kami juga akan menggunakan khidmat tenaga akademik universiti ini untuk mengajar di kampus cawangan yang baru,” katanya.

Discount
Cheap Windows 7 Ultimate
Discount
Discount

Discount Adobe Creative Suite 6 Master Collection
Cheap Adobe Creative Suite 6 Master Collection
Sale Microsoft Office 2010 Professional Plus
Microsoft Office 2010 Professional Plus
Discount Microsoft Office 2010 Professional Plus

Explore More