April 29, 2024

Search
Close this search box.

‘Biocyclers’ Cetusan Idea FS Untuk Gaya Hidup Sihat di UTM

Kelab Biocyclers ditubuhkan di bawah Unit “Green Team” yang diketuai oleh pensyarah kanan Fakulti Sains (FS), Dr Nor Azimah Md Zain dan buat julung kalinya pada 12 september 2019 lalu, kayuhan sulung mereka telah diadakan di sekitar kampus Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Kayuhan emas ini dimulakan tepat jam 8.30 pagi melibatkan staf dan pelajar Program Biosains, FS UTM berkumpul di hadapan Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU) dengan menuju ke masjid UTM, ke KTC dan seterusnya ke TO2.

Setelah itu mereka berpatah balik menuju ke Tasik UTM sebelum menamatkan aktiviti kayuhan mereka di hadapan FABU.

Program ini melibatkan staf UTM iaitu Dr Nor Azimah, Dr Mohd Suardi bin Suhaimi, Dr Mohd Farizal Bin Ahmad Kamaroddin, Dr Abdul Fatah bin A Samad, Dr Nurliyana binti Ahmad Zawawi dan Dr Nurashikin binti Ihsan bersama pelajar tahun akhir program BSc. Biologi, Nurfarah Diyana, Nur Syuhada Natasya, Syed Muhammad Nazirul dan Aimi Alina.

Tujuan pelaksanaan program berbasikal ini bagi memupuk budaya gaya hidup aktif dan sihat dikalangan staf dan pelajar UTM.

Aktiviti ini juga dapat merapatkan silaturahim sesama staf dan juga pelajar, menyediakan peluang bagi staf dan pelajar menyalurkan tekanan bekerja dan belajar dengan cara yang sihat.

Di samping itu mereka juga boleh menghargai keindahan lanskap sekitar UTM dengan berbasikal sekitar kampus.

Diharapkan program ini akan terus dapat dijayakan dan mendapat sambutan yang memberangsangkan dan menggalakkan pada lain masa.

Pendaftaran kelab juga akan dibuka dengan lebih meluas kepada staf pengurusan dan pelajar-pelajar lain di UTM agar dapat mencetus dan menggalakkan aktiviti-aktiviti sihat dalam kalangan warga UTM bagi sesi 2019/2020-01.

Oleh;
Nurashikin Ihsan

Explore More