April 29, 2024

Search
Close this search box.

Pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Dr. Zaidatun Tasir dari Sekolah Pendidikan, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan bersama pasukan beliau telah berjaya menjadi johan kategori Pengalaman Pembelajaran Imersif di bawah sub-kategori Imersif teradun pada Majlis Anugerah Khas YB Menteri Pendidikan Malaysia: Rekabentuk Kurikulum dan Penyampaian Inovatif (AKRI) 2019 baru-baru ini.

Mereka telah berjaya memenangi kategori berkenaan melalui projek inovasi INNO-GOGY- Inovasi pembelajaran imersif menerusi pedagogi inovatif dan teknologi dan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM10,000.00, sebuah piala dan sijil penghargaan

Sementara itu, Dr. Norliza Mohd. Isa dari Fakulti Alam Bina dan Ukur pula berjaya menduduki tempat ketiga bagi Anugerah Pengalaman Pembelajaran Imersif di bawah sub-kategori Imersif Bersemuka menerusi inovasi beliau ‘Menginsankan Pendidikan Melalui Projek Outdoor Classroom’.

Beliau berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah RM3,000.00, piala dan sijil penghargaan.

AKRI 2019 telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Puan Teo Nie Ching pada pada 12 September lalu di Hotel The Everly Putrajaya.

AKRI merupakan anugerah yang diwujudkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi menyemarakkan budaya inovasi melalui pemikiran dan rekabentuk semula pendidikan tinggi Malaysia

Ia juga diadakan bagi menyemarakkan budaya inovasi melalui pemikiran dan rekabentuk semula pendidikan tinggi Malaysia.

Anugerah ini bertujuan untuk mengenal pasti, memberi pengiktirafan serta berkongsi amalan terbaik projek-projek serta inisiatif yang telah dilaksanakan samada di peringkat institusi atau individu.

Diharapkan dengan kemenangan ini dapat memberi dorongan dan membakar semangat mereka serta warga UTM yang lain dalam menjadikan ekosistem pendidikan di universiti ini terus berkembang maju ke hadapan dalam melahirkan graduan lebih berkualiti dan berdaya saing pada masa akan datang.

Explore More