November 26, 2024

Search
Close this search box.

JOHOR BAHRU, 22 Mei —  Lapan orang penasihat Akademik bagi pelajar Tahun 1, Jabatan Sains Matematik (JSM), Fakulti Sains yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Nor Muhainiah Mohd Ali dan Pengarah JSM, Prof Madya Dr Sharidan Shafie telah mengadakan program Survival Camp di Kem Kaizen, Gunung Pulai, Johor bermula dari 1 sehingga 3 Mei 2019.

Program ini merupakan salah satu program yang telah ditetapkan dalam roadmap pelajar Fakulti Sains dan disertai oleh seramai 87 orang peserta terdiri dari pelajar tahun 1 program Sarjana Muda Matematik dan Matematik Industri.

Penasihat Akademik Tahun 1 Jabatan Sains Matematik

Dalam program tersebut, perkara pertama yang perlu dilakukan oleh peserta ialah menyerahkan telefon bimbit dan beberapa alat-alat lain yang tidak dibenarkan semasa perkhemahan kepada moderator dan penasihat akademik.

Antara aktitiviti yang telah dilakukan oleh peserta ialah Mental Setting & Ice Breaking, Night Walk, Kembara Hutan, Survival Cooking, Titanicdan Merempuh Halangan.

Semua aktiviti yang telah dijalankan ini dapat mengajar peserta agar tidak kaku dan berfikiran negatif serta membentuk peserta yang bermatlamat tinggi dalam kursus, membina jati diri peserta, memupuk semangat cintakan persekitaran alam semulajadi, menyedarkan peserta tentang kepentingan deria yang telah dianugerahan kepada manusia oleh Penciptanya, membina kreativiti dan ketahanan diri setiap peserta, mengajar peserta untuk belajar menyelesaikan masalah, melahirkan semangat kerjasama dan semangat kerja berpasukan dan mencungkil bakat kepimpinan dalam diri peserta.

Aktiviti terakhir bagi Survival Camp ini ialah aktiviti Merempuh Halangan yang dijalankan secara individu di mana perserta perlu melalui sebanyak lebih daripada 26 halangan.

Melalui Survival Camp ini, peserta banyak menggunakan kekuatan fizikal dan kemampuan mental kerana hampir 80% halangan melibatkan aktiviti di dalam air.

Aktiviti ini dapat melahirkan peserta yang positif tetapi berani untuk gagal, menguji kekuatan mental dan fizikal para peserta dan menyedarkan peserta tentang disiplin diri ke arah kejayaan.

Aktiviti : Merentas Halangan dan “Sotong Bersalut Tepung”

Semua peserta mempamerkan riak wajah yang penat tetapi sangat berpuas hati dengan survival camp ini.

Semoga program seperti dapat terus diadakan lagi di masa akan datang.

Peserta Terbaik Lelaki dan Perempuan

Disediakan oleh;

Nor Muhainiah Mohd Ali, Faridah Mustapha, Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nur Arina Bazilah Aziz, Shazirawati Mohd Puzi, Hang See Peng, Yeak Sue Hoe dan Ani Shabri.

Explore More