November 23, 2024

Search
Close this search box.

JOHOR BAHRU, 2 Mei — Seramai 33 pelajar Universiti Teknologi Malaysia daripada FABU  dan tujuh orang dari NGO New Hope for the Needy telah berjaya melaksanakan tugasan program WE CARE 2019 untuk membantu golongan gelandangan di kawasan KTM’ Bukit Chagar, Johor Bahru, Johor.

Program ini bermula pada jam 12 malam hingga 2.30 pagi.

Pengarah program Nur Aina Natashya Binti Abd Hamid serta Penasihat dan Pensyarah Program Dr Shahabudin Bin Abdullah yang telah memainkan peranan penting dalam program WE CARE 2019.

Hasil temubual daripada Pengarah Program, Nur Aina Natashya binti Abd Hamid tentang program WE CARE 2019 yang telah dilaksanakan bersama – sama exco dan pensyarah.

“Objektif program ini adalah untuk memberi kesedaran kepada mahasiswa dan mahasiswi kita agar kita dapat menghargai perlindungan yang kita perolehi tidak kiralah dari segi keselamatan, makanan ataupun keperluan asas kita yang lain.

Kadang-kala kita terlupa akan semua ini tetapi melalui program We Care ini kita dapat menikmati dan mensyukuri nikmat yg telah kita dapat dengan melihat betapa susahnya golongan ini untuk mendapatkan keperluan harian mereka tidak seperti kita.”

“Antara cabaran dalam melaksanakan program ini adalah kita sebenarnya kekurangan dana walaupun kita telah mencuba pelbagai cara untuk mendapatkan dana ianya tetap tidak dapat menampung kos perbelanjaan program ini, akan tetapi dengan kerjasama CCIN serta 33 orang pelajar yang terlibat yang sanggup untuk mengeluarkan wang mereka sendiri semata-mata untuk menjayakan program ini.

Cabaran kedua ialah disebabkan oleh kekangan masa. Ini kerana, program ini dirancang dalam masa beberapa minggu sahaja sebelum dilaksanakan mahupun begitu dengan kerjasama setiap unit program dapat berjalan dengan lancar.

Selain itu, pelajar yang terlibat kurang pengalaman dalam bidang kesukarelawan yang menyebabkan apabila tiba di Bandar Johor Bahru kami berasa takut untuk berdepan dengan golongan ini kerana tidak pernah didedahkan dengan keadaan dan suasana begitu.

Kami juga kekurangan tenaga lelaki yang menyebabkan tahap berjaga-jaga itu semakin meninggi dan sedikit sebanyak membataskan gerak kerja kami yang mana majoritinya terdiri daripada golongan siswi.”

“Apa yang dapat disimpulkan daripada program ini ialah kami sebagai pelajar dapat menimba pengalaman baharu sama ada melalui kepimpinan untuk melaksanakan sesebuah program ataupun pengalaman membantu golongan seperti ini.

Saya juga ingin simpulkan bahawa di Malaysia masih terdapat golongan yang tidurnya beralaskan kotak ataupun beralaskan beg galas semata tetapi kita tidur beralaskan tilam yang empuk, disaat mereka kelaparan mencari makanan, kita telah pun kenyang tanpa perlu memikirkan apa yang perlu kita cari untuk meneruskan kehidupan pada esok hari maka nasihat saya adalah hargailah apa yang kita ada,  jangan tumpukan apa yang tidak kita miliki kerana masih ada golongan diluar sana mendambakan apa yang kita miliki.”

Anjung singgah adalah tempat golongan gelandangan ini untuk berteduh pada waktu malam. Tempat itu disewa RM3 untuk satu malam. Waktu dibenarkan menginap pada 10.00 malam sehingga 7.00 pagi. Anjung singgah juga adalah pusat untuk masyarakat boleh menyalurkan sumbangan kepada golongan yang kurang bernasib baik ini.

Berikut disertakan beberapa keping gambar sekitar Program We Care 2019 ini berjalan.

Explore More